Bonus Selamat Datang disediakan untuk pengguna-pengguna jenis akaun khas yang dipanggil "Selamat Datang."
Bonus ini disediakan untuk negara-negara Asia sahaja: Afghanistan, Armenia, Azerbaijan, Bahrain, Bangladesh,
Bhutan, Brunei, Cambodia, China, Georgia, India, Indonesia, Iran, Iraq, Israel, Jordan, Kazakhstan, Kuwait,
Kyrgyzstan, Laos, Lebanon, Malaysia, Maldives, Mongolia, Myanmar, Nepal, Oman, Pakistan, Filipina, Qatar,
Arab Saudi, Singapura, Korea Selatan, Sri Lanka, Negara Palestin, Syria, Tajikistan, Thailand, Timor Timur,
Turki, Turkmenistan, Emiriah Arab Bersatu, Uzbekistan, Vietnam, Yaman. Individu-individu dari negara-negara
tertentu mungkin dihalang daripada menerima bonus.
Klien sedia ada tidak boleh membuka akaun Selamat Datang.
Klien boleh membuka tidak lebih daripada satu akaun Selamat Datang dan mendapat Bonus Selamat Datang
berjumlah $30 sekali sahaja.
Membuka akaun bonus yang pelbagai (termasuk akaun yang didaftarkan oleh ahli keluarga Klien, dll.) adalah
dilarang. Jika Syarikat mensyaki secara wajar bahawa terdapat beberapa akaun yang diuruskan oleh individu
sama atau individu yang melaraskan tindakan mereka, akaun tersebut akan disekat. Semua dana akan ditahan
daripada Akaun Selamat Datang tersebut.
Untuk mendapatkan Bonus Selamat Datang, pedagang perlu mendaftar di Ruang Peribadi dan membuka akaun Selamat
Datang. Dana bonus akan dikreditkan ke akaun secara automatik. Sila ambil maklum bahawa membuka akaun
Selamat Datang memerlukan pengesahan nombor telefon pedagang.
Terma-terma perdagangan berikut akan digunakan:
Instrumen perdagangan: pasangan mata wang FX dan logam;
Mata wang akaun: USD;
Volum maksimum pesanan untuk satu kedudukan: 0.01 lot;
Bilangan maksimum kedudukan yang dibuka (termasuk pesanan belum selesai) pada masa yang sama: tidak
lebih daripada 5;
Robot (Penasihat Pakar): tidak dibenarkan.
Akaun Selamat Datang adalah bebas swap, untuk orang beragama Islam sahaja.
Klien mesti berdagang sekurang-kurangnya 5 lot dalam tempoh 30 hari untuk memindahkan keuntungan.
Keuntungan daripada akaun Selamat Datang mestilah dikeluarkan dalam masa 30 hari. Selepas tempoh 30 hari,
bonus akan tamat tempoh.
Keuntungan atau kerugian transaksi mestilah tidak kurang dari 6 mata (60 pip) untuk dikira dalam amaun volum
yang didagangkan.
Komisen rakan kongsi tidak akan dikreditkan kerana berdagang pada akaun Selamat Datang.
Tiada deposit atau pemindahan dalaman yang boleh dibuat ke akaun Selamat Datang.
Anda mempunyai masa selama 30 hari untuk membuka akaun
Bonus Selamat Datang dalam tempoh bonus dari waktu pendaftaran.
Akaun Selamat Datang tersedia untuk perdagangan dalam tempoh 30 hari dari tarikh akaun dibuka.
Selepas 30 hari, perdagangan akan dilumpuhkan, tetapi akaun Selamat Datang masih boleh diakses
untuk memindahkan keuntungan yang diperoleh.
Untuk membuat pindahan dalaman keuntungan daripada akaun Welcome ke mana-mana akaun langsung,
klien perlu membuat deposit sekurang-kurangnya $100 (atau nilai sepadan dalam mata wang lain) ke akaun langsung ini.
Deposit boleh dibuat dalam satu bayaran tunggal atau beberapa bahagian (cth. $50 + $20 + $30).
Sila ambil maklum bahawa amaun tersebut perlu didepositkan selepas terma perdagangan bonus dipenuhi.
Jumlah keuntungan yang boleh dikeluarkan ialah $30. Keuntungan boleh dipindahkan selepas semua syarat bonus
dipenuhi. Pemindahan dibuat dari akaun Selamat Datang ke mana-mana akaun perdagangan langsung di mana
sekurang-kurangnya $100 atau nilai yang sepadan telah didepositkan.
Setiap klien hanya boleh membuat 1 (satu) permohonan untuk memindahkan keuntungan dari akaun Selamat Datang
ke mana-mana akaun perdagangan langsung.
Pemindahan keuntungan akan diproses dalam masa 2 jam selepas waktu operasi Jabatan Kewangan. Waktu
pemprosesan maksimum ialah 24 jam.
Sebaik sahaja pemindahan keuntungan selesai, akaun Selamat Datang akan dilumpuhkan, dan tiada lagi
perdagangan seterusnya yang boleh dibuat. Bonus akan dibatalkan dalam saiz penuh dan baki akaun akan
ditetapkan kepada sifar.
Sekiranya terdapat padanan alamat IP atau data peribadi, atau tanda-tanda lain akaun tersebut adalah milik
individu yang sama, akaun itu boleh disekat, dan/atau bonus serta keuntungan boleh dibatalkan.
Tawaran sah dari 07/06/2021 sehingga 30/11/2021,
tetapi boleh dibatalkan atau dilanjutkan pada bila-bila masa.
Syarikat berhak untuk menolak permohonan Klien untuk Bonus pada bila-bila masa tanpa pemberitahuan awal atau
memberi apa-apa sebab.
Syarikat berhak untuk mengubah terma-terma kempen tanpa notis awal.