Dalam pasaran kewangan, harga sering mengelirukan trader. Garisan biasa atau carta candlestick hanya menunjukkan trajektori pergerakan, tetapi tidak memaparkan elemen paling penting – kekuatan bagi setiap pergerakan. Trader yang tidak memahami volume dagangan berisiko terperangkap dengan false breakout yang dicipta oleh penyedia likuiditi (market maker) untuk mengumpul likuiditi.

Untuk mengenal pasti nilai sebenar sesuatu aset sepanjang sesi dagangan, pelabur institusi dan trader profesional bergantung pada VWAP (Volume Weighted Average Price) – harga purata yang mengambil kira volume dagangan.

Dalam panduan ini, kami akan menerangkan apa itu VWAP, bagaimana ia dikira, mengapa ia penanda aras di Wall Street, bagaimana cara volatility‑based standard‑deviation band, dan cara mengaplikasikan maklumat ini dalam dagangan sebenar.

Apa Itu VWAP

VWAP ialah indikator teknikal intraday yang menunjukkan harga purata sesebuah aset untuk tempoh tertentu (biasanya satu sesi dagangan), dengan mengambil kira jumlah volume dagangan.

Tidak seperti simple moving average (SMA) yang hanya mengambil kira harga tutup, VMAP turut memasukkan setiap lot yang didagangkan. Jika harga sesebuah aset meningkat dengan hanya volume yang sangat kecil, VWAP tidak akan bergerak. Tetapi sejumlah besar order dilaksanakan pada harga tertentu, garisan VWAP akan memberi reaksi ketara.

Ciri penting: VWAP merupakan indikator intraday kumulatif. Pengiraannya bermula dari saat pertama sesi dagangan baharu dan diset semula apabila sesi dagangan berakhir. Ia tidak akan dibawa ke hadapan pada hari berikutnya.

Penerangan Indikator: Cara VWAP Dikira

Untuk memahami logik disebalik indikator ini, kita perlu melihat pada fomula asasnya. Formula VWAP adalah seperti berikut:

Di mana:

  • Price i – Harga Tipikal untuk rangka masa tertentu (cth., 1 atau 5 minit).

  • Volume i – volume dagangan untuk rangka masa yang sama.

  • n – jumlah tempoh sejak sesi dibuka.

Harga Tipikal dikira sebagai purata aritmetik bagi harga tinggi, rendah, dan penutup sesuatu candlestick:

Contoh Pengiraan Lengkap

Bayangkan sesi dagangan baru sahaja bermula, dan kita mempunyai data bagi tiga candlestick pertama untuk tempoh 5 minit bagi saham X.

Tempoh (Candle)

Harga Tipikal (Pricei)

Volume (Volumei)

Turnover (Price×Volume)

Turnover kumulatif

Kumulatif

Volume

Candle 1

100

1,000

100,000

100,000

1,000

Candle 2

105

3,000

315,000

415,000

4,000

Candle 3

102

2,000

204,000

619,000

6,000

Mari Kita Kira Nilai VWAP bagi Setiap Poin:

  • Selepas candle pertama:

100 000/1 000=100

  • Selepas candle kedua:

415 000/4 000=103.75

  • Selepas candle ketiga:

619 000/6 000=103.16

Perhatikan bahawa walaupun harga di candle ketiga jatuh daripada $105 kepada $102, nilai VWAP hanya sedikit berkurangan (daripada $103.75 kepada $103.16), kerana volume utama (3,000 kontrak) didagangkan pada harga $105. Situasi ini jelas menunjukkan bagaimana volume dapat mengelakkan indikator daripada bergerak secara mendadak dan tidak menentu.

Jenis-jenis garisan VWAP:

  • tinjauan

  • mingguan

  • bulanan

Mengapa VWAP Jadi Alat Pilihan untuk Trader Institusi?

Cara trader berskala besar (dana pencen, unit amanah, dana lindung nilai) berdagang tidak sama dengan trader kecil. Mereka tidak boleh sekadar menekan butang ‘Buy at market’ untuk posisi 5 juta saham — tindakan itu akan segera menyebabkan slippage dan mengurangkan keuntungan mereka sendiri. Peranan mereka ialah memasuki posisi secara beransur‑ansur sepanjang hari.

Bagi mereka, VWAP merupakan KPI utama (tanda aras prestasi) untuk pelaksanaan dagangan:

  • Jika trader institusi memasukkan order untuk membeli saham dan berjaya membina posisi di bawah garisan VWAP, pelaksanaan dagangan mereka dianggap efisien (kerana aset dibeli pada harga lebih baik daripada purata pasaran).

  • Jika mereka membeli pada harga di atas VWAP, dagangan dianggap tidak dilaksanakan dengan baik (aset dibeli pada harga lebih tinggi).

Disebabkan perkara ini, likuiditi yang besar biasanya tertumpu di sekitar garisan VWAP. Sistem algoritma yang besar diprogramkan untuk beli apabila harga jatuh di bawah VWAP dan jual apabila harga naik melepasi VWAP.

Standard Deviations VWAP (VWAP Bands) Berdasarkan Volatiliti

VWAP sebenarnya hanya sebuah garisan tengah – tanda aras untuk fair value. Namun, pasaran sangat jarang kekal statik. Untuk memahami bagaimana harga semasa bergerak menyimpang daripada garisan VWAP (penanda aras).

Secara matematik, ia boleh dilakukan dengan mengira standard deviation (sisihan piawai) harga berbanding VWAP, dengan mengambil kira volume dagangan. Secara asasnya, ia merupakan paras sokongan dan rintangan yang fleksibel, yang disesuaikan mengikut volatiliti intraday pasaran.

Secara tipikalnya, tiga garisan penyimpangan diplotkan di atas VWAP dan tiga garisan diplotkan dibawahnya:

Standard deviation pertama (±1σ):

  1. Merangkumi sekitar 68.2% daripada semua pergerakan harga intraday. Ini merupakan zon noise pasaran yang “normal”.

Standard deviation kedua (±2σ):

  1. Merangkumi sekitar 95.4% daripada semua pergerakan. Apabila harga bergerak menguji sempadan ini, aset dianggap sebagai “overbought” (band atas) atau “oversold” (band bawah).

Standard deviation ke-3 (±3σ):

  1. Meliputi 99.7% daripada pergerakan. Untuk harga bergerak sampai ke zon ini adalah sesuatu yang jarang berlaku, dan ini memberi isyarat volatiliti ekstrem (sebagai contoh, ketika berita utama diumumkan). Kawasan ini sering menghasilkan reversal atau profit-taking secara besar-besaran.

Bagaimana ia berfungsi berdasarkan volatiliti?

Apabila pasaran dalam keadaan tenang (volatiliti rendah dan volume kecil), standard deviation band akan mengecil, seterusnya menghampiri garisan VWAP tengah. Sebaik sahaja volume yang besar memasuki pasaran dan pergerakan kukuh yang mempunyai arah sudah bermula, band tersebut akan mengembang dengan ketara, memberi isyarat kepada trader bahawa sempadan range ‘selamat’ semakin melebar.

Kelebihan dan Kekurangan VWAP

Sama seperti mana-mana alat teknikal lain, VWAP bukan alat yang sempurna. Ia masih mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri.

Kelebihan

  1. Objektif data: Ia menggabungkan harga dan volume. Ia tidak boleh dikelirukan dengan pergerakan palsu dalam pasaran yang memiliki likuiditi rendah.

  2. Sensitiviti konteks (“Siapa yang sedang mendominasi”): Jika harga berada di atas VWAP, pembeli sedang mendominasi. Jika harga berada di bawah, penjual menguasai pasaran.

  3. Mengurangkan tekanan psikologi: Trader melihat harga purata sebenar dan mengelak daripada masuk pasaran ketika emosi menguasai diri (FOMO).

  4. Ramalan yang terbukti: Disebabkan terdapat beribu-ribu algoritma dagangan institusi bergantung pada VWAP, harga sering bergerak semula daripada garisan ini atau daripada deviation band.

Kelemahan

  1. “Lagging” di penghujung hari: Disebabkan indikator ini berfungsi secara kumulatif, di pertengahan dan penghujung sesi dagangan, bilangan data terkumpul menjadi besar. VWAP menjadi kurang sensitif terhadap turun naik harga yang baharu. Candlestick 1 minit yang baru tidak lagi mampu menggerakkan purata harian yang sudah terlalu besar.

  2. Tidak berkesan dalam trend yang kukuh (untuk dagangan counter‑trend): Semasa trend yang berterusan dan tanpa retracement, harga mungkin akan kekal berhampiran band +2σ atau –2σ untuk beberapa jam. Jika trader cuba berdagang secara intraday reversal dalam keadaan sebegitu, ia boleh membawa kepada kerugian.

  3. Hanya boleh digunakan untuk intraday: Indikator ini tidak sesuai untuk dagangan jangka masa sederhana atau swing trading pada carta harian (walaupun terdapat versi yang diubah suai– Anchored VWAP, diikat pada peristiwa tertentu).

Strategi Dagangan yang Praktikal dan Contohnya

Contoh di bawah ini merupakan analisis pasaran menggunakan VWAP dan penyimpangannya pada carta intraday US100.

1. Perhatiakan bagaimana ketika pasaran dibuka, harga jatuh mendadak, dan –1σ deviation band berfungsi sebagai paras rintangan yang fleksibel. Ini menunjukkan sentimen bearish yang kuat.

Bagaimana deviation band boleh membantu dalam mengenal pasti kekuatan pasaran:

  • Jika +2σ band berfungsi sebagai paras rintangan dan +1σ band berfungsi sebagai paras sokongan, ini menandakan sentimen bullish yang kuat.

  • Jika –2σ band berfungsi sebagai paras sokongan dan –1σ band berfungsi sebagai paras rintangan, ini menandakan sentimen bearish yang kuat.

  • Jika +1σ band berfungsi sebagai paras rintangan dan garisan VWAP berfungsi sebagai paras rintangan, ini menandakan arah sentimen bullish yang sederhana.

  • Jika –1σ band berfungsi sebagai paras sokongan dan garisan VWAP berfungsi sebagai paras rintangan, ini menandakan arah sentimen bearish yang sederhana.

2. Apabila harga berada berhampiran garisan VWAP (kelihatan seperti melekat di situ) dan VWAP sentiasa ditembusi dari kedua-dua sisi, pasaran sedang berada dalam fasa konsolidasi. Dalam keadaan sebegini, trader dinasihatkan untuk mengelak daripada membuat dagangan kerana anda seolah-olah sedang berada di tengah-tengah zon pengumpulan.

3. Breakout dengan momentum yang kuat pada VWAP biasanya menandakan permulaan trend jelas sama ada naik atau turun. Dalam keadaan ini:

  • VWAP menjadi paras sokongan untuk pergerakan bullish

  • VWAP menjadi paras rintangan untuk pergerakan bearish

  • Deviation band +1σ dan –1σ berfungsi sebagai sasaran paras profit-taking yang pertama.

4. Apabila harga bergerak menembusi deviation band +2σ atau –2σ, ini menunjukkan penyimpangan ekstrem daripada nilai purata. Reversal pada momentum dari zon-zon ini biasanya akan kembali menghampiri garisan VWAP utama.

Ringkasan untuk Trader

VWAP bukan sekadar oscillator biasa dalam terminal – ia merupakan alat lengkap untuk menganalisis struktur mikro pasaran. Ia mencerminkan tindakan pelabur institusi dan membantu trader kecil mengelak daripada berdagang melawan konteks dominan pasaran.

Peraturan Penting Apabila Menggunakan VWAP:

  • Jangan sesekali buka posisi short apabila harga kekal berada di atas VWAP, dan jangan buka posisi long apabila ia berada di bawah.
  • Gunakan standard deviation band (±2σ dan ±3σ) sebagai zon “overbought” dan “oversold” yang fleksibel.

  • Harus diingat bahawa selepas separuh hari, VWAP menjadi kurang sensitif dan isyarat yang ditunjukkan kurang tepat.

  • Sentiasa gabungkan VWAP bersama Price Action dan analisis paras sokongan/rintangan mendatar.