Bila, bagaimana dan kenapa anda perlu alihkan stop-loss – penerangan kualitatif yang lengkap
1. Pengenalan: Psikologi vs. Matematik
Salah satu pattern paling lazim dalam trading kelihatan begini: sesebuah trade mula menunjukkan sedikit keuntungan, trader mengalihkan stop-loss ke paras break-even (pulang modal), kemudian trader berasa lega, dan sejam kemudian trader melihat harga menyentuh stop-loss di paras break-even itu sebelum bergerak terus ke sasaran asal. Senario ini berulang ribuan kali setiap hari di semua pasaran.
Masalahnya bukan terletak pada paras break-even itu. Sebaliknya, kebanyakan trader menggunakan paras itu sebagai penahan sakit psikologi, berbanding sebagai cara mengawal risiko yang disokong dengan matematik. Akibatnya, nilai jangkaan atau expected value (EV) strategi terjejas secara sistematik.
Break-even bukan sesuatu yang boleh digunakan tanpa sebarang kos. Dengan mengalihkan stop-loss ke BE, taburan hasil trade akan berubah dan ia sentiasa melibatkan kos dari aspek matematik – kos yang perlu dikira dengan jelas.
Artikel ini akan menganalisis isu ini secara kuantitatif: bila tindakan mengalih ke break-even disokong secara matematik, bagaimana mengira had (threshold) yang betul untuk mengalihkan stop-loss, dan bila masa yang sesuai untuk mengecilkan saiz stop-loss kepada separuh.
2. Matematik Asas: Expected value bagi sesuatu trade
2.1. Formula expected value
Expected value (EV) bagi sebarang sistem trading dikira seperti berikut:
EV=WR×Rprofit−(1−WR)×Rloss
iaitu
WR – win rate
R_profit – purata keuntungan dalam unit risiko,
R_loss — purata kerugian (biasanya = 1R).
Untuk strategi standard dengan R:R = 2 dan 45% win rate:
EV=0.45×2−0.55×1=0.90−0.55=+0.35R
Ini ialah strategi dengan EV positif: setiap trade memberikan purata +0.35R.
Jika risiko bagi setiap trade ialah $100, maka 100 trade akan menghasilkan keuntungan sebanyak $3,500.
|
Hasil kiraan |
Tanpa BE |
Dengan BE |
Kebarangkalian |
|
Keuntungan penuh (+2R) |
WR = 45% |
WR × (1 − P_BE) |
bergantung pada P_BE |
|
Break-even (0R) |
— |
WR × P_BE |
hasil baru |
|
Kerugian penuh (−1R) |
55% |
55% |
tidak berubah |
Formula EV yang baru:
EVBE=WR×(1−PBE)×R−(1−WR)×1
di mana PBE ialah kebarangkalian bahawa selepas mengalihkan stop-loss ke paras BE, harga berpatah balik dan menyentuh paras tersebut sebelum mencapai paras sasaran.
Contoh:
WR = 45%, R:R = 2, PBE = 40%
EVBE=0.45×0.60×2−0.55=0.54−0.55=−0.01R
Strategi dengan EV +0.35R hampir menjadi sifar (−0.01R) semata-mata disebabkan stop-loss dialihkan ke break-even lebih awal apabila PBE = 40%. EV yang hilang ialah 0.36R setiap trade.
3. Had Matematik untuk Break-Even (Pulang Modal)
3.1. Menentukan formula had minimum
Persoalan utama ialah: pada berapa jarak minimum dari titik entri (diukur sebagai % daripada titik entri ke sasaran), stop-loss dialihkan ke paras break-even, tanpa menjejaskan EV strategi?
Untuk menentukannya, kita tetapkan EV tanpa break-even bersamaan dengan EV dengan break-even (stop-loss dialih ke paras break-even), kemudian nilai minimum pergerakan X dikira (bahagian daripada jarak ke sasaran yang berjaya dicapai):
Had BE = 1 / (1 + R:R) × 100%
Lebih tinggi sasaran R:R, lebih jauh harga mesti bergerak untuk memihak kepada anda sebelum anda boleh mengalihkan stop loss ke paras break-even tanpa menjejaskan EV (secara matematik). Perkara ini bercanggah dengan tanggapan kebanyakan trader.
|
Sasaran R:R |
Had Minimum BE |
Dalam pip (stop = 50 pip) |
Penilaian |
|
1:1 |
50% |
25 pip |
Mudah dicapai |
|
1.5:1 |
40% |
30 pip |
Sederhana |
|
2:1 |
33% |
33 pip |
Standard |
|
3:1 |
25% |
37 pip |
Perlu bersabar |
|
5:1 |
17% |
42 pip |
Julat yang luas |
3.2. Contoh praktikal: EUR/USD
Trade setup: beli EUR/USD pada 1.0850, stop-loss pada 1.0800 (50 pip di bawah), sasaran pada 1.0950 (100 pip di atas, R:R = 2).
Had break-even:
Had BE = 1 / (1 + 2) × 100% = 33%
Kebanyakan trader membelanjakan sehingga 90% daripada masa mereka mencari titik entri dan 10% lagi untuk menguruskan saiz posisi. Dari segi matematik, nisbah ini perlu diterbalikkan. Gunakan Kelly Criterion. Tetapkan stop-loss.
Itu bersamaan 33 pip dari titik masuk, yang bermaksud paras minimum yang harga perlu capai adalah 1.0883.
Trader A mengalihkan stop ke break-even pada 1.0870 (20 pip = 20% daripada jarak ke sasaran). Harga kemudian berpatah balik, menyentuh BE, sebelum terus menaik ke 1.0950. Secara matematik, trader rugi – stop-loss dialih terlalu awal.
Trader B mengalihkan stop-loss ke break-even pada 1.0885 (35 pip = 35% daripada jarak). Dia memenuhi had yang ditetapkan. Jika harga kembali menyentuh BE selepas itu, hasil tersebut masih boleh diterima kerana neutral dari sudut EV.
3.3 Bagaimana Harga Menyentuh P BE memberi kesan terhadap kriteria Break-Even
Formula had ini mengandaikan senario neutral. Namun, jika anda tahu nilai sebenar PBE berdasarkan rekod statistik anda, syarat untuk mengalih stop ke break-even yang positif secara matematik menjadi lebih ketat:
PBE< (EVno BE) / (WR × R)
Ini bermakna: jika kebarangkalian harga kembali terkena stop di paras break-even lebih tinggi daripada had ini, tindakan mengalihkan stop-loss ke break-even sebenarnya tidak lagi menguntungkan dari segi matematik – walaupun harga sudah pun melepasi tahap minimum yang ditetapkan. Inilah sebabnya jurnal trading yang merekodkan PBE merupakan alat yang sangat penting.
4. Mengurangkan Stop: bila waktu sesuai untuk kurangkan risiko kepada separuh
4.1. Perbezaan asas daripada Break-Even
Mengurangkan stop (contohnya, dari 50 kepada 25 pip) ialah pendekatan yang berbeza sama sekali. Berbanding menghapuskan risiko sepenuhnya, anda hanya mengurangkannya sebanyak faktor N. Ini mewujudkan struktur R:R baharu bagi posisi yang sama:
R:R baharu=Jarak ke sasaran/Stop baharu
Jika harga telah bergerak 40% daripada keseluruhan jarak (20 daripada 50 pip), baki jarak ke sasaran ialah 60 pip. Jika anda kurangkan stop kepada separuh (kepada 25 pip):
R:R baharu: =60/25=2.4
Ini menjadikan R:R asal 2.0 meningkat kepada 2.4:1.
Dengan mengurangkan stop kepada separuh selepas harga bergerak 40% ke arah sasaran adalah lebih mengutungkan dari segi matematik, berbanding mengalihkan stop ke break-even dalam keadaan yang sama.
4.2. Bila keadaan yang sesuai untuk mengurangkan stop kepada separuh
Tindakan mengurangkan stop hanya sesuai apabila semua tiga syarat ini dipenuhi:
-
Pencetus teknikal: harga telah menembusi paras rintangan pertengahan, melepasi purata bergerak, atau mula menunjukkan isyarat momentum — namun pasaran masih belum sampai ke zon yang biasanya menjadi tempat trader mengambil untung.
-
30–60% daripada jarak ke sasaran telah dicapai: harga sudah bergerak cukup jauh untuk membolehkan risiko dikurangkan, tetapi belum terlalu hampir dengan sasaran sehingga pengambilan untung separa (partial profit) menjadi pilihan yang lebih baik.
-
Volatiliti telah berubah: ATR mula mengecil, pasaran mula bergerak mendatar – stop baharu yang lebih rapat kini lebih selaras dengan struktur pasaran dalam keadaan volatiliti yang baharu.
4.3. Contoh: Emas (XAU/USD)
Entri: 4920, stop: 4900 (−$20), sasaran: 4960 (+$40), R:R = 2:1.
Harga mencapai 4932 (+$12, 30% daripada jarak).
Pada 4930, satu zon rintangan penting telah ditembusi — dan kini bertindak sebagai sokongan.
Stop baharu yang munasabah dari segi teknikal: 4928 (sedikit lebih rendah daripada paras yang baru ditembusi).
Risiko baharu: $4 (20% daripada asal).
Jarak ke sasaran: $28.
R:R baharu: =28/4=7:1
Ini satu langkah yang agak agresif. Jika paras 4930 itu benar-benar kukuh, secara matematik, tindakan mengurangkan stop ke paras 4928 ini memang tepat.
Perkara penting:lokasi stop diletakkan berdasarkan paras teknikal, bukan tanpa sebab.
Kesimpulan
Break-even merupakan alat pengurusan risiko yang sah dan berkesan. Namun, ia mesti digunakan mengikut prinsip matematik, bukan dorongan emosi. Pengajaran penting:
-
Had minimum BE = 1 / (1 + R:R). Dengan R:R 2:1, nilainya bersamaan 33% daripada jarak ke sasaran. Jika stop dialihkan lebih awal daripada itu, mengikut kiraan matematik kesannya negatif.
-
Strategi mengurangkan stop kepada separuh pada paras teknikal dalam zon 30–60% selalunya merupakan pilihan yang lebih baik berbanding break-even.
