Jika anda pernah berdagang dalam Forex walapun baru sehari dua, pasti anda perasan grid standard yang terdapat dalam terminal MT4 dan MT5. Garisan kelabu halus ini dipaparkan secara automatik pada cara dan nampak seperti membantu, tetapi hakikatnya langsung tidak berguna.
Illusi Struktur
Ketika anda mula-mula terjun ke dalam dunia ‘trading’, grid tampak seperti sesuatu yang anda benar-benar perlukan. Ia boleh dianggap sebagai “panduan visual” untuk membantu anda memahami carta. Namun, semakin lama anda berdagang, anda akan dapati satu perkara yang semakin jelas: grid ini hanyalah sekadar hiasan. Ia langsung tidak berkaitan dengan paras harga, zon utama atau rangka masa. Kotak-kotak ini cuma dibahagikan secara automatik tanpa mengambil kira struktur sebenar pasaran, dan langsung tidak mencerminkan logik pergerakan harga.

Apa yang menjadi isu dalam grid sedia ada ini adalah ia langsung tidak mengambil kira realiti pasaran. Grid ini tidak mempunyai paras sokongan atau rintangan, tiada aras Fibonacci, tiada nombor bulat — secara ringkasnya, grid ini bukan sahaja tidak membantu, malah lebih kepada menggangu.
Salah satu kelebihan utama grid sedia ada ini ia tidak boleh diubah suai. Jarak grip (step), titik mula, warna, ketebalan garisan, cara paparan grid ditentukan (display logic), kesemua tidak boleh diubah. Dalam MT4 dan MT5, grid ini adalah statik dan langsung tidak boleh ditukar. Jika difikirkan, ia agak pelik memandangkan setiap trader mempunyai pendekatan dan strategi tersendiri.
Terminal mudah alih — langsung tiada pilhan
Apa yang lebih memburukkan keadaan lagi, grid dalam versi mudah alih MT4 dan MT5 langsung tidak boleh diubah suai atau indikator tersuai (custom) tidak boleh digunakan. Versi mudah alih ini tidak lebih daripada terminal asas dengan kefungsian yang sangat terhad — hanya membolehkan grid standard diaktifkan atau dimatikan. Realitinya, langsung tiada ruang untuk menyesuaikan visual yang sesuai dengan stail dagangan anda di telefon pintar.
Inilah sebabnya mengapa analisis lebih menyeluruh lebih sesuai dilakukan pada komputer, di mana anda boleh bina grid analisis yang teratur, lengkap dengan paras harga, grid, indikator dan logik.
Grid yang efektif: Indikator tersuai (custom)
Seseorang trader yang berpengalaman akan cepat menyedari bahawa grid terbaik adalah grid yang boleh disesuaikan dengan strategi. Antara ciri-cirinya adalah:
- Nombor bulat pada grid (00, 50, 100 pip) — sangat berguna dalam dagangan intraday
- Fibonacci — sangat membantu untuk strategi berpandukan pullback dan correction.
- Grid yang berdasarkan julat pergerakan harga dalam sesi Asia atau hari sebelumnya — sangat berguna untuk strategi breakout.
- Penanda paras tertinggi/terendah sepanjang minggu, bulan, dsb. — untuk strategi jangka masa sederhana
Grid sebegini boleh dihasilkan dibina dengan mudah menggunakan indikator tersuai. Terdapat banyak pilihan yang terdapat di laman web dan sekiranya ada tahu serba sedikit tentang MQL, anda boleh menulisnya sendiri dalam masa beberapa jam sahaja. Namun, kelebihan yang ditawarkan memang ketara: sebagai titik rujukan visual yang membantu dalam membuat keputusan dan bukan sekadar hiasan semata-mata.
Bagaimana pula jika anda bukan seorang programmer?
Dengan bantuan rangkaian neural dan kecerdasan buatan, sebenarnya anda langsung tidak perlu tahu tentang MQL untuk membina grid unik anda sendiri. Cukup sekadar dapat menjelaskan rupa bentuk grid yang anda mahu — seperti jarak antara garisan, cara tentukan paras harga, dan bila ia perlu dipaparkan — manakala AI (seperti ChatGPT dengan kemampuan coding) akan menulis kod untuk indikator yang anda inginkan.
Indikator grid tersuai yang berguna untuk MT4/MT5
Dalam senarai di bawah ini, anda boleh lihat beberapa indikator grid tersuai yang sedia digunakan dan sangat berguna serta membantu anda dalam dagangan sebenar, terutamanya jika anda berdagang berpandukan paras harga, menggunakan nombor bulat atau menjalankan dagangan intraday.
1. Paras Nombor Bulat / Paras Psikologi
Memaparkan paras mendatar (horizontal) pada carta bagi setiap 100, 50 atau 245 pip — berdasarkan prinsip psikologi atau nombor bulat. Petunjuk ini sesuai untuk dagangan intraday dan jangka masa sederhana. Pasaran lazimnya menunjukkan reaksi pada paras bulat (1.1000, 1.1050, 1.1100 dan sebagainya), terutamanya untuk pasaran mata wang kategori Major.
Dimana anda boleh dapatkan indikator ini:
MT4: RoundLevels_v3, Psychological_Level
MT5: RoundLevels_MTF, PriceGridMT5
2. Paras ADR / Grid Julat Harian
Grid ini dibina berdasarkan Julat Purata Harian (ADR). Ia membantu dalam menjangkakan sejauh mana harga boleh bergerak dalam sehari, serta di mana terdapat kemungkinan berlakunya pembalikan (reversal) atau pengambilan untung (profit taking). Sangat sesuai untuk strategi scalping dan intraday. Ia juga boleh menjadi panduan supaya trader tidak masuk pasaran ketika harga berada “di tengah-tengah julat” dan tidak terperangkap dengan situasi “false breakdown”.
Dimana anda boleh dapatkan indikator ini:
MT4: ADR Pro, ADR Marker
MT5: ADR High Low Levels, ADR Zones
3. Grid Sesi (Asia/London/New York)
Grid ini menandakan julat sesi dagangan: Asia, London dan New York. Ia sering digunakan dalam strategi breakout atau dagangan berpandukan pullback apabila harga berbalik dari kawasan tepi julat. Melalui viusal ini, anda boleh melihat struktur harian dengan lebih jelas, sekaligus memudahkan analisis terhadap volatiliti dan mengenal pasti potensi breakout selepas “narrow Asia”.
Dimana anda boleh dapatkan indikator ini:
MT4: i-Sessions, Session Boxes
MT5: Sessions_VBox, FX_Sessions_Indicator
4. Grid High-Low Mingguan/Harian
Grid ini dibina berdasarkan paras tertinggi/terendah (high/low) untuk harian/mingguan/bulanan semasa atau sebelumnya. Ia sangat berkesan untuk mengenal pasti paras sokongan/rintangan yang kukuh, lebih-lebih lagi jika anda cenderung berdagang berhampiran breakout atau mengambil peluang daripada pembalikan jangka pendek dari paras tersebut.
Dimana anda boleh dapatkan indikator ini:
MT4: HighLowLevels, Previous Day HighLow
MT5: HiLo Indicator, Pivot High Low Levels
5. Grid Harga Tersuai (jarak grid boleh ditetapkan secara manual)
Bagaimana grid ini boleh membantu anda:
Membolehkan anda menetapkan jarak grid (step) secara manual, contohnya setiap 10, 25 atau 75 pip — dan bina grid mengikut mengikut parameter yang anda tetapkan. Grid sebegini cukup fleksibel untuk apa sahaja strategi, sama ada untuk grid order mahupun sebagai pandual visual pada carta.
Dimana anda boleh dapatkan indikator ini:
MT4: CustomGrid, Manual Grid Tool
MT5: Flexible Grid, SmartGrid
💡 Jika anda memilih untuk tidak mencari indikator ini di forum, kami sarankan anda terus ke MQL5.com, di bahagian “Code Base” dan “Market”. Di sana anda boleh menemui pelbagai pilihan, sama ada versi percuma atau berbayar, mengikut kesesuaian dan keperluan anda.
Kesimpulan
Jika anda masih menggunakan grid standard di MT4 atau MT5, sebaiknya matikan sahaja. Ia tidak membantu dan hanya mengelirukan visual pada carta. Ia tidak mengambil kira konteks pasaran, tidak membantu dalam analisis dan langsung tidak boleh disesuaikan. Jadi, lebih baik anda luangkan masa untuk memasang atau mengubahsuai grid tersuai yang khusus dengan strategi anda gunakan. Jika anda perlukan logik (pergerakan harga) yang unik — gunakan AI dan dapatkan indikator yang sedia untuk digunakan tanpa perlu pening kepala. Dalam dunia dagangan, anda bukan sekadar melihat carta semata-mata, tetapi anda perlu memahami apa yang anda sebenarnya lihat. Aspek visual sepatutnya membantu anda berjaya dalam dagangan, bukan mengganggu fokus anda.