Paras sokongan dan rintangan mendatar (horizontal) merupakan asas penting dalam analisis teknikal. Namun, di paras inilah trader sentiasa berdepan dengan dilema: adalah paras ini akan ditembusi (breakout) atau melantun semula (rebound)? Jangkaan pergerakan ini bukan mengikut gerak hati, namun ia melibatkan keupayaan menafsir pasaran berdasarkan struktur harga, volume dagangan, pergerakan candlestick dan konteks pasaran.

Teruskan membaca artikel ini untuk memahami bila pasaran sudah bersedia untuk bergerak menembusi paras utama, bila kemungkinan berlakunya rebound adalah tinggi, apakah isyarat yang dapat mengesahkan false breakout dan banyak lagi.

Apa itu Paras Mendatar (Horizontal)

Paras mendatar adalah paras harga yang pernah mencatatkan aktiviti dagangan meningkat sebelum ini dan kawasan ini menjadi tumpuan pihak-pihak dalam pasaran. Paras ini boleh berperanan sebagai:

  • Paras sokongan (tekanan belian meningkat (supported) sehingga harga melantun semula ke atas,
  • Paras rintangan (tekanan jualan menghalang (resisted) kenaikan harga dan harga turun ke bawah).

Apa itu Breakout

Breakout merujuk kepada situasi apabila harga menembusi paras tertentu dengan dan berkumpul di atas paras tersebut. Antara isyarat harga pasaran bersedia untuk pergerakan breakout adalah:

1. Tekanan semakin meningkat pada paras utama.

  • Harga bergerak menghampiri paras utama berulang kali, di mana setiap lantunan (bounce) menjadi semakin lemah.
  • Paras harga terendah semakin meningkat menghampiri paras rintangan (atau paras harga tinggi semakin menurun menghampiri paras sokongan).
  • Situasi ini memberi bahawa likuiditi sedang terkumpul dan pasaran bergerak secara aktif untuk “menekan” paras utama untuk cuba menembusinya.

2. Volume (jika ada).

  • Sebelum breakout berlaku, biasanya akan terdapat lonjakan volume.
  • Dalam platform seperti MetaTrader, volume yang dipaparkan adalah tick volume. Namun begitu, ia berupaya menunjukkan tekanan belian yang semakin agresif (anda juga boleh gunakan tick volume niaga hadapan (futures) mata wang).

3. Candlestick ditutup melepasi paras utama.

  • Jika candlestick ditutup melepasi paras rintangan (atau di bawah paras sokongan) dengan saiz badan yang lebih besar daripada kebiasaan, ia satu pengesahan yang kuat bahawa breakout telah berlaku.
  • Namun, untuk mengurangkan risiko kesilapan, lebih baik tunggu harga naik semula ke paras yang telah ditembusi, sebagai petanda ia kekal bertahan, bukan sekadar pergerakan sementara yang kelihatan seperti “retest”.

4. Konteks trend pergerakan.

  • Breakout sering berlaku mengikut arah trend global.
  • Jika harga menghampiri paras rintangan selepas harga bergerak naik, kebarangkalian berlakunya breakout adalah lebih tinggi.

Bila Masa yang Sesuai untuk Tunggu Rebound

Rebound merujuk kepada pembalikan arah harga (reversal) dari paras utama. Isyarat kebarangkalian tinggi ia akan berlaku adalah:

1. Candle lemah pada paras utama.

  • Candlestick dengan bayangan panjang mula terbentuk, terutamanya jenis pin bar, doji— isyarat yang menunjukkan ketidakpastian dan kemungkinan reversal dalam arah harga akan berlaku.
  • Saiz badan candlestick kecil + bayangan menghala ke paras utama = petanda penolakan harga.

2. Pasaran menolak momentum harga

  • Jika harga menyentuh paras utama lalu berpatah balik (reverse) secara mendadak dan menenggelami (engulfing) badan candle sebelumnya, untuk situasi ini biasanya memberi isyarat berlakunya false breakout atau petunjuk awal rebound akan berlaku.

3. Divergence berlaku pada indikator

  • Contoh divergence (arah berbeza antara harga dan indikator) berlaku adalah jika harga mencatatkan paras harga maksimum baharu, manakala indikator RSI dan MACD menunjukkan penurunan harga — satu petunjuk bahawa momentum pasaran mula melemah atau kemungkinan reversal pada harga berlaku semakin tinggi.

 

Ringkasan

Instrumen Menyokong breakout Menyokong rebounding
Pergerakan harga
(pin bars, engulfing, impulse bar)
candlestick bersaiz besar menolak harga menembusi paras utama jika candlestick terbentuk pada paras utama dengan bayangan panjang
Volume volume melonjak semasa penembusan volume menurun ketika pergerakan harga menguji semula paras utama
Arah trend, Bias kebarangkalian breakout berlaku lebih tinggi jika selari dengan arah trend rebound lebih ketara apabila ia melawan arah trend selepas cubaan penembusan gagal (false breakout).
Divergence ✔️
Fasa mendatar/pengumpulan harga sebelum paras utama ✔️


Keputusan Berasaskan Algoritma

  1. Context: Trend? Mendatar? Apakah keadaan pasaran semasa?
  2. Cara harga mencapai paras utama: Impulsif atau terkumpul?
  3. Pergerakan harga di paras utama: Candlestick, struktur, volume.
  4. Candlestik ditutup: Melepasi paras utama atau penolakan?
  5. Pengesahan: Divergence, indikator, false breakout.

📌 Tips daripada Trader Berpengalaman

“Jangan masuk dagangan hanya kerana harga menyentuh paras utama—buat keputusan berdasarkan reaksi harga terhadap paras tersebut.”

Posisi dagangan yang dibuka dengan limit order diletakkan pada paras utama adalah kesilapan biasa yang dilakukan oleh trader pemula. Lihat reaksi pasaran terhadap paras utama tersebut. Jika momentum harga kuatbreakout dijangka berlaku. Jika momentum harga perlahanrebound dijangka berlaku.