Pasaran dibuka minggu ini dalam keadaan yang kelihatan seperti plot sebuah thriller politik, hanya seminggu yang lalu. Peristiwa yang berlaku pada hujung minggu 28 Februari–1 Mac 2026 benar-benar mengubah sepenuhnya landskap kewangan dunia. Walaupun laporan NFP (pasaran buruh AS) pada Jumaat biasanya menjadi tumpuan, kali ini ia sekadar data sampingan. Apa yang benar-benar menjadi pertaruhan ialah keselamatan tenaga global dan kestabilan perdagangan dunia.
Apa yang Telah Berlaku?
Keadaan berkembang pantas, daripada pertembungan setempat kepada keruntuhan serantau:
1. Pembunuhan Pemimpin Agung Iran
Laporan mengesahkan bahawa Ali Khamenei terbunuh dalam serangan terarah oleh pakatan musuh di Tehran. Peristiwa ini ibarat memancung kepimpinan politik, sekali gus meningkatkan kemungkinan kekacauan dalam struktur pemerintahan Iran dan membuka risiko tindak balas bukan konvensional oleh IRGC.
2. Serangan Infrastruktur Tenaga Arab Saudi
Iran membalas dengan serangan dron dan peluru berpandu berskala besar ke atas fasiliti Aramco, termasuk tapak simpanan berhampiran fasiliti minyak Abqaiq. Walaupun penilaian penuh kerosakan masih belum dikeluarkan, sedikit sahaja ganggu sudah cukup untuk meningkatkan risiko geopolitik dalam harga minyak mentah.
3. Kekacauan di Hub Penerbangan Negara Teluk
Operasi hub transit utama, termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai dan Lapangan Terbang Hamad lumpuh. Situasi ini lebih daripada sekadar operasi penerbangan kerana ia memberi kejutan besar kepada aliran logistik Eropah–Asia.
4. Penutupan Selat Hormuz
IRGC mengumumkan penutupan laluan kapal melalui Selat Hormuz. Meskipun penutupan ini mungkin tidak dikuatkuasakan sepenuhya, kesannya premium insurans meningkat, kadar tambang melambung dan kapal tangki tidak mahu mengambil risiko, dan semua perkara ini boleh mengurangkan bekalan dengan ketara.
Pasaran Minyak: Mengapa $100 Bukan Paras Had, Tetapi Bukan Juga Satu Jaminan?
Secara logik, beli minyak apabila selat ditutup. Namun ramai trader mungkin terlepas terlepas pandang beberapa faktor penting:
-
China terhimpit dengan tekanan tenaga
Dengan mengganggu kestabilan serantau, AS sebenarnya sedang menekan titik lemah Beijing. Russia, Iran, dan Venezuela ialah pembekal utama minyak ke China. Tindakan menutup selat dan mengawal pelabuhan Venezuela bermakna sebahagian besar import minyak China terancam. China merupakan antara pengimport terbesar minyak (70% daripada keperluan diimport). Situasi ini bukan sekadar tentang harga minyak meningkat, tetapi juga tentang risiko kilang-kilang di China akan memperlahankan operasi, sekali gus menjejaskan dolar Australia (AUD) dan indeks Asia.
Namun:
-
China memiliki rizab petroleum yang strategik.
-
Saluran paip dari Rusia pula tidak terjejas kerana tidak bergantung kepada Selat Hormuz.
-
Sebahagian pengalihan melalui paip di Laut Merah mungkin dapat meredakan kesan gangguan.
Risiko sebenar bukanlah kekurangan bekalan segera, tetapi kos tambahan bagi setiap tong minyak yang semakin meningkat serta imbangan dagangan yang semakin merosot. Tekanan ini boleh menjejaskan CNH dan mata wang berkait komoditi seperti AUD.
-
Faktor OPEC+ dan Rizab Strategik
Ada kemungkinan minyak mencecah paras $100 setong. Namun, lonjakan ke paras $150–200 hanya mungkin berlaku jika:
-
bekalan fizikal benar‑benar musnah;
-
gangguan penghantaran berlarutan;
-
campur tangan bersama gagal.
Faktor mitigasi:
-
Rizab Strategik AS: Pelepasan berjuta‑juta tong daripada rizab strategik boleh membekalkan pasaran secara berlebihan.
-
Langkah OPEC+: Walaupun kilang penapisan di Arab Saudi dan UAE diserang, negara ini mengumumkan pengalihan aliran melalui paip darat ke Laut Merah. Jika pasaran percaya dengan “laluan alternatif” ini, premium risiko akan hilang dengan cepat.
Pasaran tidak akan menilai sekadar pengumuman penutupan, tetapi data eksport sebenar, pemantauan kapal tangki, dan spread insurans.
Bagaimana Cara Memantau Kapal Tangki (Minyak & LNG) pada Masa Nyata?
Jika Selat Hormuz ditutup, apa yang perlu diperhatikan adalah berapa banyak kapal tangki yang berlabuh dan berapa yang cuba melepasi laluan tersebut. Alat percuma dan separa percuma:
-
MarineTraffic: Platform paling popular. Ia membolehkan anda melihat peta dunia berwarna (kapal tangki minyak biasanya berwarna merah). Tip: gunakan filter “Vessels in Area” untuk melihat kelompok kapal di pintu masuk Selat Hormuz.
-
VesselFinder: Hampir sama dengan MarineTraffic. Namun, platform ini sering mengemas kini data AIS (Automatic Identification System) satelit dengan lebih pantas dalam versi percuma.
02/03/2026 – Trafik kapal tangki di Selat Hormuz
Sektor Penerbangan Tertekan
Saham syarikat penerbangan (Lufthansa, Air France‑KLM, Delta) dan pengeluar (Boeing, Airbus) dibuka dengan jurang penurunan ketara pada Isnin. Industri ini kini berada dalam kedudukan sukar:
-
Kos meningkat: Lonjakan harga bahan api jet (hasil penapisan minyak) mengecilkan serta-merta margin keuntungan penerbangan.
-
Penutupan laluan: Sekatan ruang udara Teluk memaksa penerbangan mengalihkan laluan ke Asia Tengah atau Afrika, sekali gus menambah masa perjalanan dan meningkatkan penggunaan bahan api.
-
Permintaan merosot: Kebimbangan geopolitik menyebabkan pelancong dan mereka yang ada urusan perniagaan membatalkan tempahan secara besar‑besaran.
Senario pasaran untuk trader
Senario 1: Konflik meningkat
Jika ketegangan berlarutan dengan operasi ketenteraan darat di Iran:
-
Emas (XAU/USD): Emas mencapai paras tinggi baharu. Emas merupakan satu-satunya aset yang tidak mempunyai paras siling dalam konteks ancaman konflik global.
-
Minyak: Harga cuba menembusi paras $100 dan ke atas, walaupun terdapat campur tangan rizab simpanan.
-
Mata wang: Dolar AS (USD) dan franc Swiss (CHF) akan menjadi mata wang pelindung nilai yang kukuh. Selain itu, perlu diingat bahawa AS tidak bergantung kepada import tenaga, berbeza dengan EU dan Asia. Dolar Kanada (CAD) mendapat sokongan kerana sangat terhubung kait dengan minyak.
Senario 2: Konflik mereda
Sekiranya pakatan berjaya menguasai kawalan ketenteraan di Selat Hormuz dan melumpuhkan tapak pelancar peluru berpandu:
-
Minyak: Jualan besar-besaran ke paras sebelum konflik ($67–68)
-
Indeks AS dan EU: Pulih dengan cepat. Saham teknologi yang jatuh bersama pasaran lebih awal kini menjadi peluang masuk semula untuk trader.
-
Mata wang: USD akan mula melemah memandangkan pelabur tidak lagi mencari mata wang perlindungan. Ini akan mengukuhkan aset berisiko (euro, pound British).
Risiko Stagflasi: Ancaman Struktur Sebenar
Kesan paling berbahaya bukan apabila minyak berada pada paras $100, tetapi apabila minyak di paras $100 dan digabungkan dengan pertumbuhan global yang perlahan.
Tenaga mahal + logistik terganggu + syarat kewangan semakin ketat = dinamik stagflasi.
Dalam keadaan tersebut:
-
Emas mendapat manfaat daripada ketidaktentuan.
-
Saham nilai berpotensi mengatasi saham pertumbuhan.
-
Volatiliti bon mendominasi hubung kait antara aset.
Kesimpulan untuk Trader
Buat dagangan berdasarkan fakta, bukan tajuk berita. Minggu ini, pasaran akan sangat sensitif terhadap sebarang berita mengenai “laluan kapal tangki” dan kenyataan dari Beijing. Jika emas berhenti naik walaupun berlaku serangan terbaharu, itu tanda jelas bahawa pasaran sudah pun “mengambil kira” semua berita negatif.
Strategi:
-
Utamakan emas ketika konflik memuncak, tetapi kekalkan stop-loss yang rapat untuk pullback mendadak dan tidak stabil.
-
Jual (short) indeks saham AS ketika melonjak sementara, kerana pasaran lebih luas sedang beralih keluar daripada aset risk‑on.
-
Sasarkan posisi jual pada pasangan utama berbanding USD, memanfaatkan peranan dolar sebagai mata wang pelindung nilai semasa krisis geopolitik.
-
Beli minyak jika krisis berlanjutan, dan pada masa yang masa pantau campur tangan OPEC+ atau pelepasan rizab minyak (SPR).
-
Fade rebound pada saham syarikat penerbangan selagi ruang udara Teluk Parsi kekal terhad dan hab penerbangan serantau terganggu.
-
Pantau yuan (CNH) sebagai isyarat utama; sebarang penyusutan besar menjadi indikator awal kepada kelembapan ekonomi global.