Ada satu pepatah lama dalam pasaran: ” Jual pada bulan Mei, kemudian keluar dari pasaran.” Kebanyakan trader mungkin pernah mendengarnya, lalu tersenyum sinis dan tidak ambil peduli. Namun, data menunjukkan cerita yang berbeza. Sepanjang 70 tahun yang lalu, purata pulangan S&P 500 adalah sekitar 4.8% dari bulan November hingga April, dan hanya sekitar 1.2% dari Mei hingga Oktober.
Ini bukan berkaitan astrologi atau satu kebetulan – ada sebab sebenar di sebaliknya dan juga ada cara sebenar untuk memanfaatkannya dalam dagangan CFD.
Mengapa Faktor Bermusim Boleh Berlaku?
Sebelum melihat carta, kita perlu memahami bagaimana seasonality atau corak bermusim berfungsi. Corak bermusim atau seasonal bukan sesuatu yang ajaib – ia terhasil daripada proses yang nyata dan berulang.
-
Penghasilan fizikal dan kitaran penggunaan.
Permintaan minyak meningkat ketika musim sejuk (pemanasan) dan musim panas (perjalanan). Bila musim menuai tiba, lambakan bekalan bijirin biasanya menekan harga. Di India pula, permintaan terhadap emas meningkat semasa musim perkahwinan. Semua ini bukan sekadar sentimen atau psikologi situasi – ia melibatkan faktor pertanian, iklim dan logistik.
-
Kalendar institusi.
Dana pelaburan biasanya menutup tahun kewangan, mengimbangi semula portfolio, dan merealisasikan keuntungan mengikut kitaran yang telah ditetapkan.
-
Kitaran tingkah laku.
Volume dagangan berkurangan semasa cuti musim panas. Menjelang September nanti, semua orang akan kembali serentak – ini mendorong volatiliti yang lebih tinggi.
-
Aktiviti korporat.
Musim laporan pendapatan, pembayaran dividen dan tempoh pembelian balik saham — semuanya boleh mencetuskan pergerakan boleh dijangka dalam CFD indeks.
CFD indeks: Bila Pasaran Cenderung Menaik – dan Bila Ia Menurun
1. S&P 500: Bulan yang Pelik
Berdasarkan pulangan bulanan S&P 500 sejak 50 tahun yang lalu, secara puratanya hampir setiap bulan mencatatkan bacaan positif – kecuali September. Ia menjadi satu-satunya bulan yang mencatatkan purata pulangan negatif.
Mengapa? Pengurus dana baru pulang daripada cuti musim panas dan mengambil untung, pembayaran cukai suku tahunan membuatkan likuiditi menjadi kering, dan dana-dana mula merancang pencukaian untuk hujung tahun. Apa maksud keadaan ini untuk trader CFD:
Bulan September sebenarnya bukan bermaksud anda tidak boleh ambil posisi long – cuma setup bullish perlu lebih kukuh daripada biasa.
Contoh:
-
September 2023: –4.9%
-
September 2022: –9.3%
-
September 2020: –3.9%
Apa yang berlaku dalam makroekonomi mungkin berbeza, tetapi corak prestasi lemah pada September tetap berulang.
Momentum Kembali pada November
Selepas mencatatkan pulangan yang tidak memberangsangkan sepanjang September–Oktober, sejarah menunjukkan bulan November sebagai bermulanya tempoh yang kukuh untuk indeks AS. Pengimbangan semula portfolio, pembelian oleh institusi, dan aktiviti buyback yang kembali rancak semuanya menjadi pemangkin pasaran.
Contoh:
-
November 2023: +8.9%
-
November 2022: +5.4%
-
November 2020: +10.8%
2. DAX: Corak Bermusim yang Berbeza di Eropah
Kelembapan pasaran pada musim panas lebih ketara di DAX berbanding indeks AS kerana Eropah seakan-seakan sedang “bercuti” sepenuhnya. Dari segi struktur, bulan Ogos lebih lemah. Sebaliknya, bulan Disember sering mencatatkan kenaikan yang lebih kukuh apabila institusi kewangan di Eropah sedang menyusun semula pegangan mereka menjelang akhir tahun.
3. Minyak: Fizik Mengatasi Psikologi
Seasonality dalam pasaran minyak ialah antara yang kuat dipengaruhi oleh faktor asas (fundamental) sebenar.
-
April-Mei: Peralihan kepada Formulasi Minyak Musim Panas
Loji penapisan minyak di AS beralih daripada campuran petrol musim sejuk kepada campuran musim panas. Situasi ini mengurangkan pemprosesan minyak mentah buat sementara waktu. Stok simpanan meningkat – namun ini bukan petanda bearish; ia hanya peralihan teknikal sebelum permintaan meningkat untuk musim panas. Mengikut rekod-rekod terdahulu, harga WTI lazimnya lebih kukuh pada bulan April.
-
Mei-Ogos: Musim Jalan Raya Menjadi Sesak
Daripada Hari Peringatan kepada Hari Buruh, permintaan terhadap petrol meningkat dengan ketara. Rakyat Amerika memandu 10-15% lebih banyak ketika musim panas. Contoh: WTI meningkat daripada $63 kepada $73 sepanjang bulan Mei-Jun 2021 – sebahagiannya berpunca daripada permintaan bermusim.
-
September-Oktober: Musim Permintaan Rendah
Permintaan terhadap petrol menurun, manakala permintaan untuk tujuan pemanasan belum bermula – secara strukturnya satu tempoh yang lemah untuk minyak. Namun faktor geopolitik boleh mengubah serta-merta kitaran ini, seperti yang terjadi pada 2026.
-
Disember: Mesyuarat OPEC
Bukan faktor bermusim yang klasik, tetapi satu peristiwa yang boleh dijangka, yang sentiasa mencetuskan volatiliti.
4. Emas: India, China dan Hartanah
Seasonality dalam emas dipengaruhi oleh beberapa kitaran permintaan fizikal yang tidak bergantung antara satu sama lain.
-
Ogos-November: Tempoh paling Kukuh
Faktor-faktornya:
– Musim perkahwinan di India dan perayaan Deepavali
– Minggu Emas di China
– Permintaan sempena musim cuti perayaan di negara-negara Barat.
-
Januari-Februari: Tahun Baru Cina
Gelombang kedua untuk pembelian fizikal.
-
Mei-Julai: Musim Permintaan Lebih Perlahan
Permintaan fizikal pada tahap minimum – melainkan kadar faedah sebenar yang menggerakkan pasaran, seperti yang berlaku sekarang. Pada tahun 2025, kenaikan kadar faedah sebenar menenggelamkan pengaruh faktor bermusim.
5. Forex: Likuiditi dan Aliran Institusi
-
Disember: Elakkan Berdagang Melawan Likuiditi
Dua minggu terakhir dalam bulan Disember agak berisiko: likuiditi merudum, spread lebih besar dan isyarat yang kukuh sekalipun boleh menjadi sukar dijangka. Selepas 15 Disember, kurangkan saiz dan aktiviti.
-
Mac-April: Pindahan Keluar Yen (Repatriation)
Tahun fiskal Jepun berakhir pada 31 Mac. Syarikat-syarikat menyalurkan semula keuntungan, mengukuhkan yen. Contoh: Mac 2023 – USD/JPY jatuh daripada 137 kepada 130.
-
September-Oktober: Kekuatan Dolar yang Bermusim
Institusi kembali semula dari musim panas, volatiliti meningkat, dan permintaan terhadap aset selamat mengukuhkan dolar.
Bagaimana Cara Memanfaatkan Seasonality: Algoritma Mudah
Seasonality bukan sistem dagangan – ia berfungsi sebagai pengisi dalam konteks.
-
Kenal pasti konteks bermusim untuk instrumen anda.
-
Jika selari dengan isyarat anda, anggaplah ia sebagai pengesahan tambahan.
-
Jika bercanggah, perlu lebih berhati-hati atau tunggu setup dagangan yang lebih kukuh.
Sentiasa beri perhatian pada faktor makro – faktor bermusim lebih kuat + trend makro lebih kukuh = setup terbaik.
-
Antara seasonality dengan makro = seasonality lebih lemah.
Setup yang ideal: isyarat teknikal + pengesahan makro + faktor bermusim yang menyokong.
Tiga Perangkap Lazim
-
“Tak berkesan tahun lepas.”
Tempoh satu tahun bukan dianggap sebagai data. Faktor bermusim dibina berdasarkan purata untuk tempoh 20-50 tahun.
-
“Semua orang dah tahu pasal ni, jadi ia tidak berkesan.”
Sesetengah pattern memang menjadi semakin lemah, tetapi kitaran fizikal (minyak, emas) tidak boleh hilang begitu sahaja.
-
“Seasonality bermaksud satu isyarat.”
Bukan – ia hanya konteks. November 2008: -7.5% walaupun bulan itu dianggap sebagai bulan yang “kukuh”.
Di Mana Anda Boleh Dapatkan Data Bermusim
-
Seasonax – terperinci, berbayar.
-
EquityClock.com – percuma, bagus sebagai rujukan awal.
-
MRCI – penyelidikan komoditi bertaraf institusi.
-
Atau bina sendiri statistik anda dengan menggunakan data harian untuk tempoh 15 tahun.
Kesimpulan
Pasaran seolah-olah “mengingati” kalendar kerana manusia, syarikat, dan proses fizikal bergerak mengikut kitaran yang berulang setiap tahun.
Gunakan seasonality sebagaimana yang sepatutnya: sebagai konteks yang menambah kelebihan dari segi kebarangkalian kepada anda – bukan sebagai isyarat atau ramalan.
Dalam dagangan, apa-apa kelebihan dari segi statistik merupakan perkara yang penting. Seasonality merupakan salah satu kelebihan dagangan yang berasaskan apa yang berlaku di dunia sebenar – namun ia juga antara aspek yang sering diabaikan oleh trader.
