Salah satu mitos popular dalam kalangan trader baharu adalah “strategi adalah segalanya”. Tetapi dalam dunia dagangan sebenar, pengurusan risiko adalah asas dalam kejayaan dan strategi yang tidak mengambil kira aspek ini hanyalah sekadar sebuah teori yang indah. Inilah sebab mengapa alat pengurusan risiko bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan, tetapi amat diperlukan oleh syarikat proprietary trading (prop trading) dan trader profesional.

Mengapa Kawalan Risiko Sangat Penting?

1. Perlindungan terhadap tilt (hilang kawalan emosi). Trader berpengalaman juga tidak terlepas daripada emosi. Selepas mengalami rentetan kerugian, ramai trader yang cenderung memasuki “mod pemulihan” iaitu satu keadaan di mana fikiran tidak lagi rasional dan keputusan dibuat secara tergesa-gesa. Kawalan had kerugian serta tempoh berdagang boleh membantu menghalang situasi ini berlaku.
Apa itu tilt
Tilt merujuk kepada keadaan emosi yang tidak stabil yang dialami oleh trader selepas mengalami kerugian berpanjangan atau berhadapan situasi tertekan. Ia boleh berpunca daripada:

  • keinginan untuk menggantikan semula kerugian;
  • berdagang “mengikut emosi” tanpa melakukan analisis;
  • peningkatan mendadak dalam volume transaksi;
  • tidak lagi yakin dengan sistem atau peraturan.

Mengapa Tilt Begitu Berbahaya?

Semasa sedang mengalami tilt, trader berpotensi untuk hilang keseluruhan deposit dalam masa beberapa jam sahaja, walaupun bulan-bulan sebelum ini trader tersebut berjaya meraih keuntungan dan konsisten. Inilah yang dikatakan sebagai “pembunuh akaun” utama dalam dagangan.

2. Mengelakkan drawdown yang kritikal. Dagangan yang gagal secara berturut-turut sudah cukup menyebabkan kerugian besar sepanjang bulan tersebut. Jika anda berdagang menggunakan dana pihak lain seperti syarikat prop, akaun anda mungkin ditutup serta-merta.
3. Melindungi deposit anda.
Dalam akaun sebenar, deposit anda, ”nyawa” anda. Jika anda kehilangan deposit, anda bukan sahaja kehilangan wang, malah turut hilang peluang untuk terus berdagang.

Apakah Alat Kawalan Risiko yang Terdapat di MetaTrader 4/5

Agak mengejutkan juga bahawa pakej standard MT4 dan MT5 sebenarnya tidak dilengkapi dengan fungsi mengawal risiko secara built-in. Namun, pasaran perisian dan komuniti dagangan telah membangunkan pelbagai penyelesaian untuk mengatasi kekurangan ini.

Berikut adalah jenis indikator dan utiliti utama:

1. Had Kerugian Harian/Had Keuntungan Harian
Membolehkan anda tetapkan kerugian maksimum atau keuntungan yang dibenarkan dalam sehari. Sebaik sahaja had ini dicapai:

  • semua posisi terbuka boleh ditutup secara automatik;
  • dagangan baharu tidak akan dibenarkan sehingga hari tersebut berakhir.

Contoh Alat MQL yang popular

  • Daily Drawdown Limiter (untuk MT5)
  • Equity Guardian
  • Trading Session Manager

2. Pelindung Ekuiti

Memantau baki atau ekuiti, dan apabila mencapai paras tertentu (contohnya, -10% daripada deposit), menyahaktifkan dagangan, menutup order atau mematikan terminal (terdapat versi yang menyediakan fungsi ini).
Berguna untuk menetapkan had harian dan mengehadkan kerugian keseluruhan.

3. Bilangan Dagangan Maks / Volume Maks

Hadkan:

  • jumlah bilangan dagangan setiap hari;
  • jumlah volume dalam lot;
  • Bilangan dagangan yang mengalami kerugian berturut.

Sangat berkesan untuk membantu mencegah situasi tilt semasa berdagang.

4.Had dagangan berasaskan masa

Membolehkan anda setkan waktu dagangan (contohnya, dari 10:00 hingga 17:00) dan akan menyekat dagangan yang dibuat diluar jangka masa tersebut. Fungsi ini sangat membantu mereka yang cenderung berdagang secara ‘berlebihan’ pada waktu petang atau malam untuk mencari keuntungan.

5. Filter untuk berita dan ekonomi

Terdapat utiliti yang boleh menghalang dagangan sebelum berita ekonomi penting dikeluarkan. Situasi ini sangat relevan untuk scalper dan strategi dagangan intraday.

Contoh dan tip menggunakannya.

  1. MQL5.com dan MQL4.com: Komuniti pembangun rasmi untuk MetaTrader dan sumber utama untuk anda mendapatkan dan mempelajari pelbagai alat bantuan dagangan. Laman ini menyediakan seksyen “Market” yang menawarkan produk berbayar dan percuma, serta seksyen “CodeBase” yang menampilkan penyelesaian percuma sedia guna.
  2. Forum dan laman web pihak ketiga, seperti ForexFactory, Reddit (terutamanya, Forex subreddits), dan blog trader yang khusus yang biasanya dikongsikan seperti Expert Advisors (EA).
  3. Ujian: Sebelum menggunakan sebarang EA pada akaun sebenar, uji dahulu EA tersebut secara terperinci pada akaun demo. Pastikan ia berfungsi sama seperti yang anda jangkakan dan bebas dari sebarang ‘bugs’ atau isu teknikal.

Mengapa Alat-Alat ini Penting untuk Prop-Trading?

Syarikat prop trading begitu tegas dalam mengawal risiko setiap trader. Anda mungkin mempunyai strategi yang mantap, namun jika anda hilang kawalan emosi dan mengalami kerugian 5% dalam sehari, akaun anda boleh disekat serta-merta dan modal anda turut hilang.

Kebanyakan syarikat prop trading mempunyai fungsi kawalan risiko automatik secara built-in:

  • had kerugian harian
  • drawdown maksimum
  • sekatan waktu berdagang
  • notifikasi apabila had semakin hampir

Jika anda ingin berdagang seperti seorang pro, anda perlu berfikir seperti profesional. Alat-alat ini bukan sekadar “tongkat” tetapi ia sebagai keperluan untuk bertahan dalam pasaran.

Terapkan Disiplin Secara Automatik

Psikologi merupakan musuh terbesar trader. Anda mungkin mampu berdisiplin selama 9 dari 10 hari. Namun satu hari tilt sudah cukup untuk merosakkan kemajuan yang dibina berbulan lamanya. Alat kawalan risiko dalam MT4 dan MT5 berperanan melindungi anda dengan membantu mengawal emosi dan disiplin diri terjaga secara automatik.

Jika anda masih belum menggunakan ultiliti ini, mulakan dari saat ini. Walaupun anda hanya berdagang pada akaun demo, latih diri anda untuk berdagang mengikut parameter ditetapkan. Cara ini bukan sahaja dapat membantu anda mengelakkan kerugian, malah membuatkan anda lebih bersedia dalam dagangan yang menggunakan modal daripada syarikat prop trading.