Keluar dari dagangan sebenarnya satu seni – jauh lebih rumit berbanding membuka entri. Seperti yang sering dikatakan oleh trader, “seekor monyet pun boleh buka trade, tapi hanya mereka yang profesional sahaja mampu keluar trade dengan keuntungan.”

Trailling stop merupakan alat perlindungan dinamik yang membolehkan keuntungan terus bertambah dan pada masa yang sama risiko kekal terkawal. Namun, apa cara terbaik untuk membiarkan stop-loss terus mengekori harga – pendekatan matematik? Mari kita bincangkan.

1. Trailling Stop Secara Teknikal

Pendekatan teknikal bergantung pada pemahaman struktur pergerakan pasaran. Dalam kaedah ini, stop-loss dialihkan ke belakang ‘node’ (titik) struktur yang penting pada carta. Titik rujukan utama:

  1. Swing Highs/Lows: Alihkan stop melepasi paras rendah terdekat sebelumnya (bagi posisi long) atau paras tinggi sebelumnya (bagi posisi short).

  2. Moving Averages (MA): Dengan menggunakan garisan dinamik, contohnya, EMA 21 hari, sebagai panduan trailling.

  3. Paras Sokongan dan Rintangan: Stop-loss dialihkan hanya selepas harga benar-benar menembus dan kekal di atas paras penting seterusnya.

  4. Impulse Candle: Alihkan stop-loss ke belakang impulse candle yang kukuh, mengikut arah trend.

Kelebihan:

  • Struktur logik: Stop-loss diletakkan pada paras di mana keseluruhan setup dagangan tidak lagi sah apabila harga mencapai titik tersebut.

  • Disokong oleh “smart money”: Paras teknikal utama biasanya mempunyai limit order berskala besar, yang membantu menahan harga.

Kons:

  • Subjektiviti: Trader yang berbeza mungkin mengenal pasti “swing low yang ketara” pada lokasi yang berbeza.

  • Kelewatan Semasa pasaran bergerak pantas, paras teknikal mungkin muncul terlalu lambat, jadi banyak keuntungan yang belum sempat dikunci.

2. Trailing Stop Secara Matematik

Pendekatan secara matematik tidak mengambil kira paras sokongan, garisan trend dan pattern pada carta. Sebaliknya, ia bergantung sepenuhnya pada statistik dan volatiliti instrumen. Antara alat utama pendekatan ini adalah:

  • Peratusan atau langkah tetap: Kaedah paling ringkas dan paling berisiko – paras stop-loss ditetapkan pada jarak yang tetap, seperti 1% atau 100 mata.

  • Kaedah berasaskan ATR (Average True Range): Penanda aras utama dalam pendekatan kuantitatif. Stop-loss ditetapkan dengan berdasarkan average true range, iaitu volatiliti.

Formula ATR trailing stop:

di mana k ialah pekali atau coefficient (biasanya 1.1 hingga 3), dan n mewakili tempoh purata (biasanya 14).

Kelebihan:

  • Objektif Tiada pengaruh emosi langsung.

  • Disesuaikan mengikut volatiliti: Stop-loss melebar apabila pasaran menjadi tidak menentu dan semakin rapat semasa pasaran tenang.

  • Automasi mudah:Sangat sesuai untuk sistem dagangan beralgoritma.

Kons:

  • Mengabaikan konteks pasaran: Stop-loss anda mungkin berada betul-betul di atas paras rintangan utama, lalu menjadikannya mudah terkena false breakout.

3. Pendekatan Hibrid: ATR + Struktur Pasaran

Penyelesaian optimum untuk hampir kebanyakan instrumen ialah kombinasi kedua-dua cara:

  • Gunakan trailling stop-loss berasaskan ATR sebagai had minimum: stop-loss itu tidak boleh diletakkan lebih dekat daripada 1.2 × ATR kepada harga semasa.

  • Gunakan paras struktur sebagai titik sebenar untuk meletakkan stop-loss: stop-loss ditetapkan di bawah/atas swing point utama yang terdekat, namun hanya jika paras itu berada di luar had ATR.

  • Jika paras struktur berada lebih hampir daripada had ATR, jangan alih stop-loss dahulu; tunggu sehingga paras struktur seterusnya.

(untuk short – gunakan berbanding )

Kelebihan

  • Lebih tahan terhadap manipulasi: Risiko stop-loss diaktifkan akibat false breakout lebih rendah.

  • Keluar pasaran yang logik: Posisi hanya ditutup apabila konteks pasaran benar-benar berubah.

Kons

  • Pengiraan yang rumit: Memerlukan pemantauan secara manual atau sistem automasi yang lebih canggih.

  • Risiko lebih tinggi: Disebabkan adanya “buffer” itu, stop-loss mungkin terpaksa diletakkan sedikit lebih jauh berbanding jika hanya berpandukan paras teknikal.

Mari kita lihat beberapa contoh pendekatan hibrid ini:

Anda membuka posisi long selepas false breakout berlaku dalam zon permintaan pada rangka masa M15, dengan nilai USD100.

Harga entri anda ialah 27,109. Di Mana Stop-Loss Patut Diletakkan?

Jika anda letakkan stop-loss berdasarkan struktur pasaran, parasnya berada pada 27,030 (di bawah false breakout), iaitu dalam jarak 77 mata.

Tetapi, dari perspektif kaedah ATR matematik, di manakah stop-loss sepatutnya diletakkan?

Ketika entri dibuat, ATR dengan tempoh 14 ialah 77.5.

Kita ambil pekali 1.2 sebagai buffer dan darabkannya dengan 77.5:

1.2 × 77.5 = 93 mata

Tolakkan daripada harga entri:

27,109 − 93 = 27,016

Paras ini lebih rendah daripada stop-loss berdasarkan struktur pasaran. Namun, menurut peraturan yang kita gunakan, stop-loss tidak boleh diletakkan lebih rapat daripada stop-loss ATR matematik. Jadi, paras yang betul ialah 27,016, kerana secara teori, paras ini mengurangkan kebarangkalian untuk stop-loss tidak diaktifkan oleh volatiliti normal pasaran.

Stop-loss Awal Sudah Ditetapkan. Jadi, Bagaimana Pula Kita Alihkannya Selepas Itu?

Pada candle seterusnya, harga bergerak naik ke arah yang menguntungkan posisi anda dan ditutup pada 27,224.

ATR 14 pula kekal hampir tidak berubah, iaitu pada 77.5.

Secara matematik, kita boleh alihkan stop-loss ke:

Harga semasa 27,224 − (1.2 × 77.5) = 27,131

Paras ini sudah melepasi harga masuk (27,109), jadi stop-loss itu kini berada pada paras breakeven. Namun, berdasarkan struktur harga, stop-loss sepatutnya diletakkan di bawah paras rendah bagi impulse candle tersebut, iaitu pada 27,107. Paras ini masih di bawah harga entri, tetapi pendekatan ini tetap mengambil kira faktor volatiliti dan struktur pasaran. Malah, stop-loss sebesar 2 mata jauh lebih kecil berbanding stop-loss asal sebanyak 93 mata.

Selagi paras rendah struktur yang baharu belum terbentuk, jangan alihkan stop-loss, kerana kaedah ini memerlukan gabungan struktur + ATR.

Beberapa Candle Kemudian…

Harga terus menaik dan ditutup pada 27,312, sekali gus membentuk paras rendah struktur yang baharu.

Sekarang kita kira semula stop-loss:

Secara matematik, stop-loss itu tidak boleh diletakkan lebih rapat daripada 1.2 × ATR(14) semasa

ATR telah jatuh kepada 70.9

  • 1.2 × 70.9 = 85 mata

Paras stop-loss baharu mengikut kiraan matematik:

  • 27,312 − 85 = 27,227

  • Berdasarkan struktur harga, stop-loss sepatutnya diletakkan di bawah paras swing rendah baharu – 27,214

Jadi, kita alihkan stop-loss ke 27,214, yang mengambil kira struktur pasaran dan ATR.

Inilah cara stop-loss disesuaikan dari semasa ke sama sehingga anda mencapai keuntungan yang disasarkan atau sehingga harga bergerak sehingga mengaktifkan trailling stop-loss anda

Kesimpulan

Jika anda berdagang secara sistematik dalam pelbagai instrumen, gunakan kaedah matematik (ATR). Kaedah ini akan membantu anda kekal konsisten dalam hasil dagangan dan mengurangkan tekanan emosi ketika berdagang.

Jika anda trader yang tidak bergantung sepenuhnya pada sistem tetap dan hanya fokus pada beberapa aset sahaja, pilihan ideal anda ialah trailling stop-loss secara teknikal. Cara ini membolehkan anda memaksimumkan potensi trend kerana anda lebih faham di mana paras kebanyakan trader akan panik dan menutup posisi.

Pendekatan hibrid merupakan “tahap tertinggi” dalam mengawal posisi. Ia memberi ruang kepada anda untuk menggabungkan ukuran volatiliti dengan logik di sebalik pergerakan harga, sekali gus mengurangkan situasi yang paling ditakuti oleh trader: apabila stop-loss diaktifkan oleh wick candle, tepat sebelum harga bergerak laju ke arah yang dijangkakan.