Pembelajaran

Nov 19

5 Bacaan min

Shutdown Kerajaan AS: Sejarah, Tempoh, dan Reaksi pasaran Kewangan.

Shutdown Kerajaan AS: Sejarah, Tempoh, dan Reaksi pasaran Kewangan.

Penutupan separa atau shutdown kerajaan AS berlaku apabila Kongres dan Rumah Putih gagal mencapai persetujuan dalam bajet atau pembiayaan sementara dalam tempoh yang ditetapkan. Situasi seperti ini lazimnya menyebabkan sebahagian institusi kerajaan ditutup. Ia turut memberi kesan dalam skala berbeza kepada pasaran kewangan — ada kalanya mendadak, dan ada juga yang lebih sederhana berbanding jangkaan.

Sejarah dan Tempoh Shutdown Sebelum Ini

Tempoh Presiden Jangka Masa Ringkasan Punca
30.09-13.10.1977 J. Carter 12 hari Kebuntuan dalam peruntukan bajet untuk pengguguran kandungan di hospital awam.
30.09–18.10.1978 Carter 18 hari Pertikaian terhadap perbelanjaan ketenteraan
20.11-23.11.1981 R. Reagan 2 hari Cukai dan pemotongan bajet
09.10-13.10.1984 Reagan 2 hari Dana pendidikan dan program awam
16.12-18.12.1995 B. Clinton 5 hari Konflik mengenai pemotongan bajet
16.12.1995-06.01.1996 Clinton 21 hari Penutupan paling lama berlaku pada tahun 90-an, berpunca daripada isu Medicare, pendidikan, dan cukai
01.10-17.10.2013 B. Obama 16 hari Pertikaian tentang Obamacare
20.01-23.01.2018 Trump 3 hari Dasar imigresen
22.12.2018-25.01.2019 Trump 35 hari Pertikaian mengenai pembiayaan pembinaan tembok di sempadan Mexico
01.10.2025-12.11.2025 Trump 43 hari  

Paling lama dalam sejarah

Mari kita lihat pergerakan indeks saham S&P 500 dan harga Emas, serta reaksi kedua-dua instrumen ini selepas shutdown ditamatkan.

  • Shutdown 01.10–17.10.2013 (16 hari)

S&P500 (US500)

Reaksi Pasaran:

  • Semasa shutdown: Indeks S&P 500 menunjukkan peningkatan sebanyak +1.94%.
  • Selepas shutdown: Indeks meningkat dengan momentum lebih kuat.

Emas (XAU/USD)

Reaksi Pasaran:

  • Semasa shutdown: Harga emas menunjukkan penurunan sebanyak -3.47%.
  • Selepas shutdown: Harga kebiasaannya akan pulih.
  • Shutdown 22.12.2018–25.01.2019 (35 hari)

S&P500

Reaksi Pasaran:

  • Semasa shutdown: Harga indeks meningkat dengan ketara sebanyak +10.82%.
  • Selepas shutdown: Pasaran dijangka terus meningkat.

Emas (XAU/USD)

Reaksi Pasaran

  • Semasa shutdown: Harga emas menunjukkan peningkatan sebanyak +3.77%.
  • Selepas shutdown: Pasaran dijangka terus meningkat.

Selepas shutdown: Pasaran dijangka terus meningkat.

Perkara utama yang boleh dirumuskan adalah:

  • Tempoh shutdown yang berlarutan bermakna “janji” politik terus tergantung — ini adalah faktor risiko untuk pelabur. Namun disebabkan semua pihak tahu ia akan berakhir, pasaran kekal tenang dan tidak panik.
  • Statistik menunjukkan indeks saham lebih cenderung meningkat semasa shutdown, besar kemungkinan kerana jangkaan bahawa ia akan berakhir. Secara keseluruhan, Indeks S&P mencatatkan pulangan positif dalam lebih separuh daripada semua shutdown yang berlaku sejak 1976, dengan purata pulangan yang sedikit positif sepanjang tempoh tersebut.
  • Reaksi pasaran biasanya mencerminkan keadaan ekonomi dan dasar bank pusat, bukan semata-mata impak situasi shutdown. Namun, penangguhan data ekonomi (laporan pekerjaan dan angka inflasi) semasa shutdown boleh merumitkan lagi proses penetapan dasar oleh Rizab Persekutuan (Fed), sekaligus mencetuskan peningkatan volatiliti jangka pendek (indeks VIX lazimnya melonjak).
  • Secara lazimnya, emas berfungsi sebagai aset selamat pilihan ramai semasa krisis politik atau ekonomi, terutamanya dalam situasi shutdown kerajaan yang berpanjangan. Disebabkan faktor ketidakpastian, emas, perak, platinum, dan bon berfungsi sebagai “pelindung nilai” atau hedge yang baik dalam tempoh tersebut, walau statistik menunjukkan strategi ini tidak sentiasa berkesan.
  • Namun, statistik jelas menunjukkan indeks saham dan harga emas akan meningkat dengan ketara apabila shutdown berakhir. Ini menunjukkan bahawa, bagi pelabur, situasi shutdown lebih bersifat krisis politik, berbanding krisis ekonomi. Jadi, reaksi pasaran kekal tenang dan kebiasaannya akan pulih sebaik sahaja ia berakhir.
Soalan Jawapan
Adakah trader perlu menjual saham disebabkan shutdown? Berdasarkan shutdown sebelum ini — tidak. Pasaran biasanya akan pulih dan kembali mencatat pertumbuhan.
Adakah trader perlu membeli ketika harga jatuh (buy on the dips)? Ya, strategi ini terbukti berkesan dalam hampir semua situasi.
Adakah trader disarankan membeli emas ketika terdapat krisis politik? Ya, pasaran emas lebih stabil dan seringkali meningkat selepas shutdown berakhir.
Adakah situasi shutdown memberi kesan jangka panjang? Tidak, kesan shutdown boleh dikatakan bersifat jangka pendek sahaja.

Shutdown Kerajaan Persekutuan Amerika Syarikat 2025: Kemelut Politik Terkini

Shutdown terbaru bermula pada 1 Oktober 2025, selepas rang undang-undang peruntukan atau pembiayaan sementara gagal diluluskan.

Punca: Pertikaian antara Kongres dan Presiden Donald Trump mengenai pembiayaan kerajaan, insuran kesihatan, dan perbelanjaan ketenteraan dan bantuan negara luar.

Selepas penutupan separa kerajaan persekutuan AS yang mencapai rekod baharu selama 43 hari, Presiden Donald Trump telah menandatangani rang undang-undang pada 13 November 2025, untuk meluluskan bajet untuk beberapa agensi kerajaan, sekali gus menamatkan shutdown paling lama dalam sejarah negara tersebut.

Rang undang-undang tersebut hanya meluluskan dana untuk beberapa jabatan sahaja termasuk Jabatan Pertanian, Jabatan Hal Ehwal Veteran, badan legislatif, dan program pembinaan ketenteraan. Dana untuk semua agensi persekutuan hanya sah sehingga 30 Januari 2026. Ini membuka ruang kemungkinan berlakunya satu lagi shutdown seawal tahun hadapan.

Ketika menandatangani rang undang-undang di Rumah Putih, Presiden Trump menyatakan bahawa “kerajaan persekutuan kini beroperasi seperti biasa” dan sekali lagi menyalahkan Parti Demokrat sebagai punca berlakunya shutdown. Menurut beliau lagi, tindakan pihak pembangkang “telah menjejaskan negara dengan teruk” — termasuk pembatalan atau penangguhan lebih 20,000 penerbangan serta lebih sejuta kakitangan dan kontraktor kerajaan tidak menerima gaji.

Rumah Putih juga menganggarkan kerugian ekonomi susulan shutdown tersebut boleh mencecah $1.5 trilion, di mana angka yang tepat dijangka mengambil masa beberapa bulan untuk diketahui.

Para penganalisis memberi amaran bahawa walaupun resolusi semasa meredakan ketegangan belanjawan buat sementara waktu, konflik asas antara Parti Republikan dan Demokrat mengenai perbelanjaan dan hutang masih belum diselesaikan. Situasi ini menimbulkan risiko krisis pembiayaan menjelang akhir Januari jika Kongres gagal meluluskan bajet yang menyeluruh.