Pasaran kewangan merupakan ekosistem yang dinamik di mana tiada satu perkara yang kekal. Harga aset boleh naik, jatuh, mendatar, membuat pergerakan palsu, serta sering memberi kejutan walaupun kepada mereka yang berpengalaman dalam pasaran. Dalam ekosistem sebegini, sebarang cubaan untuk mendapatkan “strategi agung” dan sempurna bermakna anda sedang meniti titian kegagalan. Penyelesaian yang jauh lebih mampan dan profesional adalah dengan menggunakan pendekatan pelbagai strategi. Inilah cara sebenar yang digunakan oleh dana lindung nilai (hedge fund) dan pelabur institusi dalam perdagangan.

In this digest, we will thoroughly examine why you can’t rely on a single strategy, what market regimes require different tools, how hedge funds build diversified portfolios of strategies, and what an individual investor or trader can learn from this. Dalam kupasan kali ini, kita akan membincangkan mengapa anda tidak boleh bergantung pada satu strategi sahaja, apakah fasa pasaran yang memerlukan pendekatan berbeza, bagaimana hedge fund membina portfolio dengan pelbagai strategi, dan apa yang boleh dipelajari oleh pelabur individu dan trader dalam konsep ini.

Bahagian I. Mengapa Satu Strategi Sahaja Tidak Berkesan dalam Semua Fasa Pasaran

1. Sifat Semula Jadi Fasa Pasaran

Walaupun kita tidak bercakap tentang kitaran ekonomi klasik (pertumbuhan – klimaks – perlahan – krisis), pada tahap yang lebih praktikal, mana-mana sistem dagangan akan berdepan dengan 3 fasa pasaran utama:

  • Trend (naik atau turun) – apabila aset bergerak dalam satu arah untuk satu tempoh yang berpanjangan.
  • Consolidation (mendatar) – apabila harga didagangkan dalam julat tanpa arah yang jelas.
  • Volatiliti tinggi dan Jualan besar-besaran (crash) – apabila pasaran mengalami tekanan, likuiditi menurun dan pergerakan harga menjadi huru-hara dan mendadak.

Setiap keadaan ini memerlukan strategi berbeza. Strategi yang berkesan dalam trend, berpotensi “menghilangkan” deposit pelaburan ketika pasaran mendatar. Sama juga untuk keuntungan ketika pasaran mendatar, akan bertukar menjadi rentetan kerugian pasaran merudum.

2. Isu Strategi Universal

Ramai trader baru melakukan kesilapan klasik: mereka mencari satu strategi yang kononnya “sentiasa berkesan.” Mereka menguji algoritma, mengoptimumkan parameter, dan akhirnya memilih alat yang sesuai hanya untuk tempoh tertentu sebelum ini. Namun, sebaik sahaja fasa pasaran berubah, sistem tersebut tidak lagi berkesan. Inilah sebabnya mengapa dana terbesar di dunia sekalipun tidak hanya bergantung pada satu strategi. Sebaliknya, dana tersebut membina pelbagai set strategi dan model, di mana setiap satunya berfungsi untuk tujuan berbeza.

Bahagian II. Bagaimana Hedge Fund Membina Portfolio Pelbagai Strategi

1. Prinsip “Basket of Strategis”

Kebanyakan hedge fund utama (seperti Bridgewater, Renaissance Technologies, Citadel) tidak meletakkan semua perkara dalam satu tempat. Portfolio dana tersebut terdiri daripada puluhan atau beratus-ratus strategi, biasanya beroperasi dalam pasaran berbeza dan tempoh waktu yang berlainan:

  • Algoritma mengikut trend
  • Strategi arbitraj
  • Model pasaran neutral
  • Strategi volatiliti
  • Strategi berpandukan peristiwa

Matlamat dana ini bukan untuk mendapatkan dagangan terbaik, tetapi untuk mengimbangi portfolio strategi mereka supaya dalam apa sahaja fasa pasaran, mereka mempunyai perlindungan dan peluang untuk mencatatkan keuntungan.

2. Dana Mengikut Trend (CTA)

Dana yang mempunyai kepakaran sebagai “Commodity Trading Advisors” sering menggunakan strategi mengikut trend pasaran. Strategi ini berkesan dalam meraih keuntungan ketika pasaran bergerak dalam arah yang jelas (sebagai contoh, kejatuhan harga minyak pada 2014 atau lonjakan harga emas pada 2024). Namun, semasa fasa harga mengukuh (consolidation), strategi ini boleh menyebabkan kerugian. Inilah sebabnya mengapa profesional kewangan sentiasa menggabungkan strategi mengikut trend dengan strategi pasaran neutral atau arbitraj.

3. Contoh: Renaissance Technologies

Salah satu hedge fund paling berjaya dalam sejarah, Renaissance Technologies, memang diketahui memiliki beratus-ratus strategi mikro berdasarkan pattern statistik. Setiap satu strategi ini mungkin hanya akan menjana keuntungan minimal, namun secara kolektifnya, ia memberikan pulangan yang stabil. Pada masa yang sama juga, dana ini sentiasa menggantikan dan memperkenalkan strategi baharu, yang berubah mengikut kesesuaian pasaran.

Bahagian III. Jenis-Jenis Strategi Mengikut Pasaran

1. Strategi untuk Pasaran yang Sedang Alami Trend

  • Mengikut trend: Beli aset yang sedang menaik dan jual aset yang harga merosot.
  • Dagangan momentum: Berdagang berdasarkan jangkaan bahawa momentum harga jangka pendek akan berterusan.

Strategi mengikut trend ini mengaut keuntungan apabila terdapat arah pergerakan harga yang stabil. Namun kelemahannya terserlah apabila harga mendatar dan false breakout berlaku.

2. Strategi untuk Pasaran yang Sedang Mendatar

  • Pemulihan harga (mean reversion): Jual apabila harga mencecah paras tertinggi dalam julat dan beli ketika harga jatuh ke paras terendah.
  • Dagangan arbitraj: Ambil kesempatan terhadap perbezaan harga dua pasaran atau instrumen kewangan yang serupa.

Strategi ini berkesan apabila pasaran bergerak dalam julat yang stabil tetapi boleh menyebabkan kerugian jika berlaku lonjakan harga yang ketara secara tiba-tiba.

3. Strategi ketika Pasaran Merudum dan Krisis

  • Strategi volatiliti: Beli opsyen, VIX futures.
  • Strategi lindung nilai untuk risiko ekstrem: Perlindungan terhadap peristiwa luar jangkaan.

Instrumen dagangan ini biasanya mengalami kerugian atau keuntungan minimal ketika pasaran dalam keadaan “tenang”, tetapi ia menjadi penyelamat ketika krisis melanda pasaran.

Bahagian IV. Kepelbagaian Strategi Sebagai Perlindungan Modal

1. Prinsip Ketidaktentuan

Tiada siapa yang dapat tahu lebih awal bagaimana keadaan pasaran pada hari berikutnya. Jadi, kunci kepada kestabilan adalah kepelbagaian strategi. Jika anda hanya memiliki strategi mengikut trend, anda hanya menunggu masa untuk menanggung kerugian ketika fasa pengukuhan harga. Begitu juga jika anda hanya ada strategi berasaskan julat, strategi anda tidak berkesan ketika trend bergerak dalam arah yang jelas. Dan jika anda hanya menggunakan strategi bersifat defensif, anda akan terlepas peluang untuk jana keuntungan ketika pasaran sedang berkembang.

2. Hubung Kait Strategi

Tugas utama seorang profesional dalam pelaburan adalah mengenal pasti strategi yang paling kurang berkait antara satu sama lain. Jika satu strategi mengaut keuntungan dalam pasaran trend, manakala satu lagi berkesan ketika pasaran mendatar, kombinasi strategi ini akan menstabilkan prestasi keseluruhan dan meraih keuntungan yang konsisten.

3. Pengurusan Modal

Penggunaan strategi yang berbeza sahaja tidak cukup; anda juga perlu mengagihkan modal dengan betul pada setiap strategi. Sebahagian daripada perlu diletakkan pada strategi utama yang konsisten, manakala sebahagian lagi dalam instrumen yang menggunakan strategi defensif, dan selebihnya kepada model eksperimen yang berpotensi tinggi tetapi berisiko.

Bahagian V. Apa yang Boleh Dipelajari oleh Trader dan Pelabur Individu

1. Jangan Pedulikan Strategi “Holy Grail”

Langkah pertama adalah berhenti daripada mencari strategi universal. Ini kerana strategi “sempurna” sebenarnya tidak wujud.

2. Perlu Ada Beberapa Set Strategi

Pelabur individu boleh bersedia dengan memiliki 2–3 strategi yang terbukti berkesan:

  • Satu strategi mengikut trend.
  • Satu strategi berdasarkan julat harga.
  • Satu strategi defensif.

3. Sentiasa Bersedia untuk Adaptasi

Pasaran sentiasa berubah, jadi anda perlu sentiasa menilai semula strategi, buang strategi yang tidak lagi berkesan dan tambahkan sistem baru yang lebih sesuai dengan keadaan semasa.

4. Pantau Pasaran

Apabila strategi mengikut trend mengalami kerugian (seperti tahun 2025), pelabur disaran untuk mengagihkan semula sebahagian modal kepada agihan alternatif yang telah dibincangkan sebelum ini: risiko seimbang, kombinasi pelaburan fundamental dengan perlindungan, dan strategi berdasarkan peristiwa penting.

5. Gunakan Alat Dagangan yang Tersedia

Pelaburan ETF seperti ISMF oleh BlackRock menyediakan akses untuk mempelbagaikan strategi. ETF ini adalah pilihan dana pelaburan yang ringkas, telus dan mudah diakses oleh pelabur individu.

6. Ambil Pengajaran daripada Kajian Kes

Kisah kejayaan pelaburan ternama seperti Magnetar (Fokus pada industri AI), Quantedge (Sistem pasaran silang), Bridgewater (Semua keadaan pasaran), and Rokos (Fleksibel) boleh menghadirkan inspirasi kepada anda untuk merangka portfolio strategi anda sendiri.

Bahagian VI. Cabaran Semasa untuk Strategi dan Implikasi Terhadap Prestasi

1. Cabaran kepada Strategi Mengikut Trend pada Tahun 2025

Dana berasaskan strategi mengikut trend memulakan tahun 2025 dengan prestasi paling lemah sejak 1998. Situasi ini didorong oleh arah trend yang tidak jelas, perubahan mendadak dan tahap ketidaktentuan yang tinggi dalam pasaran. Man Group AHL dan penanda aras lain mencatatkan prestasi yang lemah, manakala S&P 500 meningkat sebanyak 6.2% – keadaan pasaran yang memihak kepada strategi manual yang fleksibel (discretionary), tetapi tidak bagi strategi sistematik. Ini menunjukkan bahawa sesuatu strategi yang terbukti berkesan sebelum ini, tetap memerlukan penyesuaian atau tidak digunakan sementara waktu apabila pasaran berubah secara drastik.

2. Keberkesanan Strategi Berasaskan Intelektual Manusia Ketika Volatiliti

Ketika ketidaktentuan melanda pasaran pada 2025, strategi manual yang berasaskan pada kebijaksanaan dan gerak hati manusia terbukti lebih berjaya berbanding model berkomputer. Ini menjadi satu testimoni bahawa gabungan sistematik dan pengurusan manusia lebih berkesan.

Kesimpulan

Pasaran kewangan merupakan sebuah sistem yang sentiasa berubah. Anda tidak boleh bergantung kepada satu strategi sahaja dan mengharapkan ia mampu bertahan dalam setiap fasa pasaran. Inilah sebabnya mengapa hedge fund dan pengurus dana profesional merangka portfolio lebih daripada satu strategi: model berasaskan trend, pergerakan mendatar, defensif, dan arbitraj yang saling melengkapi antara satu sama lain untuk menghasilkan prestasi yang stabil dan konsisten.

Bagi pelabur individu pula, apa yang boleh dipelajari daripada kepelbagaian strategi ini cukup mudah – kepelbagaian diperlukan tidak hanya untuk aset dagangan (saham, bon, emas) tetapi ia juga merangkumi strategi. Inilah satu-satunya cara untuk melindungi modal dan memastikan pulangan jangka panjang dan stabil.