Locked-in Range Analysis (LRA) ialah kaedah analisis pasaran yang mengenal pasti julat (range) harga di mana peserta pasaran “terperangkap” dalam kedudukan yang tidak strategik atau mengalami kerugian. Idea asas dalam analisis ini adalah untuk mengenal pasti tempoh masa ketika kebanyakan trader terperangkap dan memanfaatkan ketidakseimbangan ini sebagai petunjuk dalam meramal arah pergerakan harga yang seterusnya.
1. Konsep Teras
LRA melibatkan idea “locked-in range”, iaitu zon harga di mana posisi di pasaran telah terkumpul dengan ketara. Namun begitu, pasaran tidak bergerak mengikut arah yang dijangkakan, sebaliknya kekal dalam keadaan mendatar (flat) serta berkumpul. Apabila harga akhirnya mula bergerak keluar dari julat ini, tindakan keluar dagangan secara terpaksa, stop-loss diaktifkan dan penutupan posisi secara besar-besaran mendorong pasaran melonjak dengan momentum ke arah penembusan tersebut.
Prinsip Logik dalam LRA:
- Trader mengekalkan posisi dalam julat harga, dengan jangkaan harga akan menembusi (breakout) dalam arah tertentu.
- Apabila penembusan berlaku dalam arah yang bertentangan, trader yang mengalami kerugian akan terpaksa menutup posisi dagangan, seterusnya mendorong momentum pasaran.
- Situasi ini mewujudkan likuiditi paksaan (forced) yang membuka peluang tinggi untuk meraih keuntungan sekiranya masuk dagangan dalam arah penembusan.
2. Pembentukan Julat
Julat yang sah biasanya akan terbentuk pada rangka masa per jam atau lebih tinggi. Julat ini muncul selepas harga bergerak dalam satu arah yang jelas dan menandakan fasa pasaran yang stabil (consolidation), iaitu volatiliti yang semakin reda, volume meningkat dalam julat dan pergerakan harga yang kerap kembali ke zon pertengahan.
Julat dianggap sebagai “locked-in” jika:
- Terdapat posisi yang terkumpul dengan ketara dalam julat.
- Pergerakan pasaran kekal dalam julat untuk tempoh yang lama.
- Terdapat paras harga utama yang jelas di atas dan di bawah julat, kawasan di mana stop-loss dan harga sasaran dagangan berkumpul.
3. Logik Masuk Dagangan
Apabila julat terkunci (locked-in) telah dikenal pasti, trader menunggu harga bergerak menembusi julat tersebut dengan jelas. Penembusan ini bukan sekadar gerakan teknikal semata-mata, ia mesti menunjukkan ketidakseimbangan sebenar dan tanda-tanda likuiditi paksaan (liquidation):
- Momentum mendadak;
- Volume meningkat;
- Candlestick yang mempunyai saiz badan (body) yang besar dan bayang (wick) yang minimum.
Sebaik sahaja disahkan: - Dagangan dibuka dalam arah penembusan.
- Stop-loss diletakkan dalam julat (biasanya di bawah pertengahan dalam julat untuk posisi beli, dan di atas pertengahan untuk posisi jual);
- Take-profit ditetapkan pada 1.5–2× tinggi julat atau pada paras sokongan/rintangan di mana ketidakstabilan likuiditi mungkin berlaku.


4. Kelebihan LRA
Struktur yang jelas. Sistem ini menetapkan titik masuk dan keluar dagangan yang jelas serta terperinci berdasarkan logik, bukan sekadar jangkaan.
- Mengambil kesempatan terhadap ketidakstabilan: LRA mengenal pasti waktu yang tepat di mana trader lain membuat kesilapan (terperangkap) dan terpaksa keluar dagangan.
- Sesuai untuk data volume: Boleh digabungkan dengan analisis kluster, profil volume atau alat delta.
- Fleksibel: Berfungsi dengan lancar dalam setup dagangan intraday dan strategi swing.
5. Had dan Risiko
Walaupun analisis LRA ini jelas, ia masih memiliki beberapa kelemahan:
- Kesilapan dalam mengenal pasti julat: Tidak semua pergerakan terkumpul adalah satu perangkap, dan tidak semua penembusan harga adalah sah.
- Andaian manipulasi: Konsep LRA mengandaikan pemain utama sengaja memerangkap trader kecil, sekaligus mengabaikan faktor-faktor penting lain yang membentuk dinamik pasaran.
- Pengesahan yang lewat: Pengesahan lewat sering memaksa trader masuk dagangan selepas momentum bermula, sekaligus mengurangkan potensi keuntungan tetapi risiko yang kekal tinggi (nisbah ganjaran-risiko).
- Memerlukan konteks: Tanpa pemahaman mendalam terhadap trend pasaran, LRA berpotensi memberi isyarat palsu.
6. Perbandingan antara LRA dengan Fasa Pergerakan Pasaran
LRA memiliki banyak persamaan dengan cara pasaran bergerak mengikut fasa. Secara asasnya, pasaran bergerak melalui dua fasa utama: fasa keseimbangan dan fasa impulsif. Dalam fasa keseimbangan, posisi dagangan peserta pasaran akan terkumpul, pasaran dalam keadaan stabil tetapi masih terdapat ketidakpastian. Sementara itu, penembusan julat berlaku dan menandakan harga pasaran mula bergerak dengan jelas dalam satu arah dengan momentum (fasa trend). Dalam konsep LRA, fasa keseimbangan ini merujuk kepada situasi di mana terdapat kumpulan trader yang “terperangkap” selepas harga keluar dari julat asal.
Dalam kedua-dua pendekatan, posisi dibuka mengikut arah penembusan. Kemasukan yang ideal biasanya dibuat selepas harga menguji semula julat sebelumnya, sebagai pengesahan arah breakout.


Kemungkinan besar anda pasti pernah lihat keadaan ini pada carta.
7. Hubungan Antara LRA dan Volume
Bilangan posisi terbuka (yang secara langsung mempengaruhi perubahan harga) bergantung pada jumlah dagangan dan tempoh masa harga berada dalam sesuatu julat. Tanpa perlu mengetahui dengan tepat berapa banyak posisi yang terbuka dalam julat harga tersebut atau berapa banyak posisi yang ditutup selepas menembusi paras TP/SL, seseorang trader boleh menggunakan anggaran purata volume sebagai isyarat untuk keluar dari pasaran.
Paras penembusan volume:

Bergantung kepada matlamat dagangan dan tempoh masa untuk mengekalkan posisi, peserta pasaran lebih cenderung memilih sama ada pendekatan mengikut arah trend atau strategi dagangan mendatar (flat).
- Mengutamakan arah trend. Merujuk kepada kebarangkalian harga berbalik semula apabila kembali ke julat, berdasarkan bilangan posisi dagangan terbuka yang terperangkap. Posisi yang bertentangan dengan arah volume utama ini memberi ruang kepada pembuat pasaran (market maker) untuk mengawal harga, sama ada dengan mengekalkannya di paras tertentu atau menarik semula ke julat.
- Mengutamakan dagangan mendatar. Merujuk kepada kebarangkalian harga kembali ke dalam julat selepas melepasi paras TP/SL. Situasi ini berlaku apabila tiada lagi ketidakseimbangan yang ketara dalam posisi terbuka (cth. melalui stop-loss yang diaktifkan), atau langsung tidak lagi wujud. Berdasarkan volume yang masih ada dalam pasaran, pembuat pasaran mungkin akan menyesuaikan harga untuk mengaktifkan order break-even atau order stop-loss bagi posisi yang masih berpotensi meraih keuntungan.
Contoh Praktikal


Strategi ini sangat berkesan terutamanya pada pasangan mata wang, logam dan indeks utama, di mana trader runcit aktif dan peka terhadap paras harga utama.
Keberkesanan Strategi LRA
LRA bukanlah satu strategi yang universal. Sistem ini merupakan pendekatan tersusun untuk membaca pasaran berdasarkan ketidakseimbangan likuiditi dan psikologi secara berkumpulan. Kekuatan LRA terletak pada keupayaannya mengenal pasti kawasan di mana pihak lain telah pun membuat kesilapan dan menggunakan waktu tersebut peluang dagangan.
Jadi, sama seperti sistem dagangan yang lain, LRA memerlukan:
- Pengesahan volume, pergerakan candlestick, atau struktur pasaran.
- Backtesting dan pengesahan yang teliti;
- Pengurusan risiko yang berdisiplin tinggi.
Bagi trader berpengalaman, LRA boleh menjadi alat penilai yang sangat membantu, malah boleh juga berfungsi sebagai teras dalam sistem dagangan. Bagi trader baharu, sistem ini boleh memberi pemahaman mendalam tentang pergerakan pasaran, terutamanya bagaimana likuiditi dan psikologi saling berkait di paras harga utama.