Salah satu masalah utama yang dihadapi oleh trader adalah isyarat bertentangan dalam jangka masa (time frame) berlainan. Sebagai contoh, isyarat beli yang ditunjukkan pada H1, dan isyarat jual terbentuk di H4. Perbezaan ini mewujudkan ketidakpastian dan boleh mendorong kepada kesilapan. Dalam artikel ini, kami kongsikan analisis cara menghubungkaitkan jangka masa dengan betul, berapa bilangan jangka masa yang perlu dipertimbangkan, dan mengapa dengan menumpukan pada satu jangka masa sahaja dagangan masih boleh dilakukan.

Mengapa Terdapat Isyarat yang Bertentangan?

Setiap jangka masa akan memaparkan butiran berbeza untuk pergerakan harga pasaran:

  • Jangka masa junior time frame (M1-M30) memaparkan isyarat lebih cepat tetapi mengandungi banyak maklumat yang tidak diperlukan.

  • Jangka masa medium time frame (H1-H4) pula digunakan untuk analisis yang lebih seimbang.

  • Jangka masa senior (D1-W1-MN) menunjukkan trend global dan paras harga yang penting.

Isyarat bertentangan berlaku apabila pasaran mengalami pembetulan (correction) atau dalam fasa trend yang tidak jelas/mendatar (consolidation) pada satu paras harga tertentu namun bertukar menjadi trend berterusan pada paras yang lain.

Bagaimana Trader Boleh Hubung Kaitkan Jangka Masa Dengan Betul?

Cara terbaik untuk selaraskan isyarat dagangan berbeza adalah dengan menggunakan kaedah multiple time frame (MTT), melakukan analisis pasaran sekurang-kurangnya pada tiga peringkat:

  • Global (jangka masa senior) – menentukan arah trend utama. Sebagai contoh, jika arah pergerakan menarik pada D1, fokus diberikan untuk posisi beli (long).

  • Working (jangka masa pertengahan) – memberi isyarat masuk dagangan dalam arah trend global. Sebagai contoh, di H4, anda boleh mengenalpasti tempoh pembetulan (correction) untuk masuk dalam trend D1 yang berterusan.

  • Precise (jangka masa junior) – digunakan untuk mencari titik masuk dagangan yang spesifik, sebagai contoh, pada M15 atau M5.

Jika trend bullish dalam jangka masa senior tetapi pembetulan berlaku dalam jangka masa pertengahan, jangka masa junior akan membantu mengenal pasti endpoint pembetulan untuk masuk dagangan mengikut arah trend.

Berapa Banyak Jangka Masa yang Perlu Dipertimbangkan?

Bilangan jangka masa yang optimum adalah tiga, iaitu jangka masa yang seimbang yang mengandungi gambaran global, isyarat praktikal atau working dan titik masuk dagangan yang tepat. Namun, bagi trader yang menggunakan strategi scalping, hanya dua jangka masa yang penting (sebagai contoh, M1-M5 dan M15). Bagi position trader pula, analisis pada D1 dan W1 sudah mencukupi.

Adakah Dagangan Boleh Berjaya Jika Hanya Berdasarkan Satu Jangka Masa Sahaja?

Secara teknikalnya, boleh. Namun, risiko kesilapan berlaku lebih tinggi. Jika trader hanya menggunakan satu jangka masa sahaja, terdapat risiko trader akan mengabaikan trend global atau terperangkap dalam isyarat yang salah semasa tempoh tiada trend yang jelas di pasaran (consolidation). Untuk mengurangkan risiko ini, anda boleh gunakan alat tambahan seperti:

  • Petunjuk trend (cth. moving averages, MACD) untuk mengenalpasti trend keseluruhan.

  • Paras sokongan (support) atau rintangan (resistance) daripada jangka masa yang lebih panjang.

  • Garisan trend untuk melihat kekukuhan trend tersebut, sama anda ia memecut atau perlahan.

  • Analisis volume untuk mengesahkan kekuatan pergerakan harga.

Kesimpulan

Kaedah multiple time frame begitu penting untuk menyelaraskan isyarat berbeza dalam jangka masa berlainan. Terdapat tiga peringkat di pasaran yang perlu dianalisis untuk dagangan yang optimum: global, working, dan precise. Tidak salah untuk menggunakan hanya satu jangka masa sahaja, namun trader akan menanggung risiko yang lebih tinggi. Kombinasi beberapa jangka masa membolehkan anda meningkatkan ketepatan isyarat dan kejayaan dagangan.