Penutupan separa atau shutdown kerajaan AS berlaku apabila Kongres dan Rumah Putih gagal mencapai persetujuan belanjawan atau pembiayaan sementara dalam waktu yang ditetapkan. Situasi ini lazimnya menyebabkan institusi kerajaan ditutup separa. Ia turut memberi kesan berbeza-beza terhadap pasaran kewangan — ada kalanya secara mendadak, dan ada juga yang lebih sederhana.
Sejarah dan Tempoh Shutdown Terdahulu
| Tempoh | Presiden | Tempoh | Ringkasan Punca |
| 30.09-13.10.1977 | J. Carter | 12 hari | Kebuntuan dalam pembiayaan pengguguran kandungan di hospital awam. |
| 30.09–18.10.1978 | Carter | 18 hari | Pertikaian terhadap perbelanjaan ketenteraan |
| 20.11-23.11.1981 | R. Reagan | 2 hari | Cukai dan pemotongan bajet |
| 09.10-13.10.1984 | Reagan | 2 hari | Pembiayaan pendidikan dan program awam |
| 16.12-18.12.1995 | B. Clinton | 5 hari | Konflik mengenai pemotongan bajet |
| 16.12.1995-06.01.1996 | Clinton | 21 hari | Penutupan paling lama berlaku pada tahun 90-an, berpunca daripada isu Medicare, pendidikan, dan cukai |
| 01.10-17.10.2013 | B. Obama | 16 hari | Pertikaian tentang Obamacare |
| 20.01-23.01.2018 | Trump | 3 hari | Dasar imigresen |
| 22.12.2018-25.01.2019 | Trump | 35 hari | Pertikaian mengenai pembiayaan pembinaan tembok di sempadan Mexico |
| 01.10.2025 – Hari Ini (05.11.2025) | Trump | 36 hari | Paling lama dalam sejarah |
Shutdown Kerajaan Persekutuan AS 2025: Situasi Semasa
Shutdown bermula pada 1 Oktober 2025, selepas rang undang-undang peruntukan atau pembiayaan sementara tidak diluluskan. Setakat 5 November 2025, situasi ini telah berlarutan selama 36 hari, melepasi rekod sebelum ini.
- Punca: Pertikaian antara Kongres dan Presiden Donald Trump mengenai peruntukan kerajaan, insuran kesihatan, serta perbelanjaan ketenteraan dan bantuan negara luar.
- Kesan: Hampir 900,000 pekerja kerajaan persekutuan diberikan cuti tanpa gaji atau sedang bekerja tanpa bayaran. Agensi kerajaan telah menangguhkan banyak program atau beroperasi dalam kapasiti minimum.
Tempoh shutdown semasa yang mencatat rekod paling lama ini menunjukkan risiko ketidakstabilan politik yang semakin meningkat — kesannya lebih ketara terhadap pasaran kewangan berbanding shutdown dalam tempoh lebih singkat. Tiada penyelesaian yang jelas dan ketidakpastian yang berpanjangan dalam shutdown ini memberi isyarat kepada untuk lebih berhati-hati.
Mari kita lihat pergerakan indeks saham S&P 500 dan harga Emas, serta reaksi kedua-dua instrumen ini selepas shutdown ditamatkan.
- Shutdown 01.10 – 17.10.2013 (16 hari)
S&P500 (US500)
Reaksi Pasaran:
- Semasa shutdown: Indeks S&P 500 menunjukkan peningkatan sebanyak +1.94%.
- Selepas shutdown: Indeks meningkat dengan momentum lebih kuat
Emas (XAU/USD)
Reaksi Pasaran:
- Semasa shutdown: Harga emas menunjukkan penurunan sebanyak -3.47%.
- Selepas shutdown: Harga kebiasaannya akan pulih.
- Shutdown 22.12.2018–25.01.2019 (35 hari)
S&P500
Reaksi Pasaran:
- Semasa shutdown: Harga indeks meningkat dengan ketara sebanyak +10.82%.
- Selepas shutdown: Pasaran dijangka terus meningkat.
Emas (XAU/USD)
Reaksi Pasaran:
- Semasa shutdown: Harga emas menunjukkan peningkatan sebanyak +3.77%.
- Selepas shutdown: Pasaran dijangka terus meningkat.
Apa yang boleh dipelajari pelabur
Pengajaran penting yang boleh diambil dari situasi ini adalah:
- Tempoh shutdown yang berlarutan bermakna “janji” politik terus tergantung — ini adalah faktor risiko untuk pelabur, namun oleh sebab situasi ini dijangka akan berakhir oleh semua pihak, pasaran kekal tenang.
- Statistik menunjukkan bahawa indeks saham lebih cenderung meningkat semasa shutdown, besar kemungkinan disebabkan oleh jangkaan bahawa shutdown tersebut akan tamat. Secara keseluruhannya, Indeks S&P mencatatkan pulangan positif dalam lebih separuh daripada semua shutdown yang berlaku sejak dari 1976, dengan purata pulangan yang sedikit positif sepanjang tempoh tersebut.
- Reaksi pasaran biasanya mencerminkan keadaan ekonomi dan dasar bank pusat, bukan semata-mata impak situasi shutdown. Namun, penangguhan data ekonomi (laporan pekerjaan dan peratusan inflasi) semasa shutdown boleh merumitkan lagi proses menentukan dasar oleh Rizab Persekutuan (Fed), sekaligus meningkatan volatiliti jangka pendek (indeks VIX lazimnya melonjak).
- Secara lazimnya, emas berfungsi sebagai aset selamat pilihan ramai semasa krisis politik atau ekonomi, terutamanya dalam situasi shutdown kerajaan yang berpanjangan. Disebabkan faktor ketidakpastian, emas, perak, platinum, dan bon berfungsi sebagai “pelindung nilai” atau hedge yang baik dalam tempoh tersebut, walau statistik menunjukkan strategi ini tidak sentiasa berkesan.
- Namun, statistik jelas menunjukkan indeks saham dan harga emas akan meningkat dengan ketara apabila shutdown berakhir. Ini menunjukkan bahawa, bagi pelabur, situasi shutdown lebih bersifat krisis politik, berbanding krisis ekonomi. Jadi, reaksi pasaran kekal tenang dan kebiasaannya akan pulih sebaik sahaja ia berakhir.
| Soalan | Jawapan |
| Adakah trader perlu menjual saham disebabkan shutdown? | Berdasarkan sejarah — tidak. Pasaran biasanya akan pulih dan kembali mencatat pertumbuhan. |
| Adakah trader perlu membeli ketika harga jatuh (buy on the dips)? | Ya, strategi ini terbukti berkesan dalam hampir semua situasi. |
| Adakah trader disarankan membeli emas ketika terdapat krisis politik? | Ya, pasaran emas lebih stabil dan seringkali meningkat selepas shutdown berakhir. |
| Adakah situasi shutdown memberi kesan jangka panjang? | Tidak, kesan shutdown boleh dikatakan bersifat jangka pendek sahaja. |