Konflik India-Pakistan merupakan salah satu konfrontasi geopolitik paling lama dan berbahaya di dunia. Konflik ini bermula pada tahun 1947 apabila British India dibahagikan kepada dua negara merdeka: India dan Pakistan. Punca utama ketagangan ini adalah pertikaian terhadap wilayah Jammu dan Kashmir, yang mempunyai majoriti penduduk Muslim tetapi diperintah oleh Mahajara beragama Hindu yang memutuskan untuk menyertai India.

Sejak dari saat itu, India dan Pakistan telah terlibat dalam tiga perperangan besar (1947, 1965, 1971) dan banyak pertempuran bersenjata kecil telah direkodkan. Apa yang lebih membimbangkan adalah kedua-dua negara mempunyai senjata nuklear—menghadirkan risiko yang sangat besar terhadap kestabilan global.

Antara punca utama konflik tersebut terjadi adalah:

  • Pertikaian mengenai kedaulatan Kashmir.
  • Ketegangan agama (Agama hindu di India dan Islam di Pakistan)
  • Campur tangan pihak luar meningkatkan lagi ketegangan (cth. Amerika Syarikat, China, Rusia).
  • Isu berkaitan identiti nasional dan intergriti kawasan.

Sehingga ke hari ini, konflik tersebut masih berlanjutan dalam bentuk tembak-menembak di sempadan, serangan pengganas dan krisis diplomatik.

Api perbalahan antara negara ini kembali menyala dengan bara yang baru. India telah menyekat aliran Sungai Indus ke arah Pakistan dengan menutup keempat-empat pintu air yang mengawal aliran melalui empangan dan terusan. Sebelum ini, Pakistan telah mengeluarkan kenyataan bahawa negara tersebut menganggap sebarang percubaan oleh India untuk menghentikan atau mengalihkan aliran Sungai Indus adalah satu tindakan untuk berperang. Pakistan bergantung kepada air dari Lembangan Indus untuk lebih daripada 80% pertaniannya dan kira-kira satu pertiga tenaga hidroelektriknya.

Pakistan menutup ruang udaranya kepada India dan turut mengisytiharkan penasihat pertahanan, tentera laut, dan penerbangan India sebagai persona non grata. Sebagai tindak balas, New Delhi menyatakan bahawa ia akan menghentikan pengeluaran visa kepada warga Pakistan dan membatalkan visa yang telah dikeluarkan. Hubungan antara kedua-dua negara kembali menegang susulan serangan pengganas pada 22 April 2025 di wilayah sekutu India, Jammu dan Kashmir

Impak Berpotensi Terhadap Pasaran Kewangan Sekiranya Berlaku Peperangan

Peningkatan konflik sehingga ke tahap perang berskala penuh antara India dan Pakistan akan membawa implikasi yang meluas, bukan sahaja kepada rantau Asia Selatan bahkan juga kepada pasaran kewangan global. Mari kita lihat senario utama kesan tersebut:

1. Pasaran Forex

  • Rupee India (INR) dan Rupee Pakistan (PKR) akan mengalami kejatuhan mendadak.
  • Pemintaan terhadap aset selamat (safe haven) akan meningkat — mata wang seperti Yen Jepun (JPY), Franc Switzerland (CHF) dan Dolar AS (USD) — secara tradisinya akan meningkat semasa pergolakan geopolitik berlaku.
  • Kejatuhan mata wang pasaran sedang pesat membangun di rantau ini (contohnya, real Brazil, lira Turki, rand Afrika Selatan) akibat kesan ‘penjualan risiko’.

2. Indeks Saham

  • Indeks Sensex dan Nifty 50 India akan mencatatkan kejatuhan mendadak akibat pelabur menarik diri dari pasaran.
  • Pasaran global akan turut merasai impaknya. Pasaran Asia—Nikkei 225 (JP225), Hang Seng (HK50), dan Kospi (South Korea)—paling terjejas.
  • China (sekutu Pakistan) atau AS (berpotensi menjadi penyokong India) terlibat, pasaran global dijangka akan mengalami pembetulan harga (correction) yang besar.

3. Pasaran Emas dan Komoditi

  • Emas (XAU/USD) mungkin melonjak kerana pelabur mencari aset pelindung daripada volatiliti.
  • Harga minyak mungkin meningkat, jika ketegangan memberi kesan terhadap laluan sepanjang Lautan Hindi dan Laut Arab.
  • Permintaan terhadap perak dan platinum mungkin meningkat sebagai aset simpan nilai alternatif.

4. Aspek Tambahan

  • Rantaian bekalan global mungkin terkesan, terutamanya dalam sektor IT (India merupakan salah satu pusat outsourcing terbesar di dunia) dan tekstil (Pakistan ialah pengeluar kapas utama di dunia).
  • Risiko stagflasi di negara-negara Asia berikutan kenaikan harga tenaga dan komoditi.
  • Permintaan terhadap bon kerajaan AS dan Jerman sebagai aset selamat akan meningkat
  • Rantau Asia akan terjejas secara tidak seimbang disebabkan oleh kedudukan geografinya yang berhampiran dan hubungan ekonominya dengan India dan Pakistan. Negara-negara jiran mungkin menghadapi kesan limpahan (spillover), termasuk isu pelarian, gangguan perdagangan, dan peningkatan kebimbangan keselamatan. Kesan terhadap perdagangan dan pelaburan serantau akan menjadi signifikan, berpotensi menjejaskan pertumbuhan ekonomi di rantau ini.

Ketidakstabilan Geopolitik yang Semakin Meningkat

Kesan peperangan berskala penuh antara India dan Pakistan akan menjangkaui rantau Asia Selatan. Krisis ini berpotensi menjejaskan mata wang global, indeks saham, dan harga emas. Dengan ketidakstabilan geopolitik yang semakin meningkat, pelabur memantau rapat perkembangan serantau, mempelbagaikan portfolio dan pertimbangkan aset defensif sebagai sebahagian daripada strategi pelaburan mereka.