Apa itu VIX?

Indeks Volatiliti VIX merupakan salah satu indikator kebimbangan terkenal yang digunakan dalam pasaran kewangan. Petunjuk ini menggambarkan jangkaan pelabur terhadap volatiliti dalam pasaran saham untuk tempoh 30 hari seterusnya. Ia juga seringkali dikenali sebagai “indeks kebimbangan” disebabkan kenaikan dalam bacaan VIX biasanya dikaitkan dengan ketidaktentuan dan panik meningkat dalam pasaran.

Indeks ini kira berdasarkan pada opsyen (options) di S&P 500 Index dan diterbitkan oleh Chicago Board Options Exchange (CBOE). Secara asasnya, VIX menunjukkan sejauh mana pasaran menjangkakan Indeks S&P 500 akan berubah dalam masa terdekat.

Bagaimana VIX berfungsi?

Indeks VIX dikira berdasarkan premium opsyen – sama ada put atau call – untuk S&P 500. Apabila premium opsyen meningkat, ia menunjukkan trader menjangkakan perubahan besar dalam pasaran pada masa akan datang. Semakin tinggi permintaan untuk strategi bertahan, semakin tinggi nilai VIX.

Ciri utama dalam VIX adalah indikator ini tidak meramalkan arah pergerakan pasaran. Ia hanya memberitahu anda kekuatan perubahan. Sekiranya bacaan VIX meningkat, ia menunjukkan jangkaan volatiliti berlaku semakin kuat. Sementara itu, jika VIX menurun, ia mencermin keadaan tenang dalam pasaran. Namun, trader sering menggunakan VIX sebagai petunjuk awal kejatuhan atau kenaikan dalam pasaran saham. Tindakan ini sememangnya berasas kerana lonjakan mendadak dalam volatiliti biasanya menyebabkan indeks saham merudum. Mengapa? Ini kerana pasaran biasanya lebih aktif menjual daripada membeli semula, seterusnya meningkatkan tekanan menjual dengan ketara. Anda boleh lihat bagaimana kenaikan pasaran saham berlaku secara perlahan, sedangkan penjualan berlaku dengan lebih cepat dan mendadak.

Paras Tertinggi VIX Sebelum Ini

VIX mempunyai hubungan songsang yang ketara dengan pasaran saham: apabila pasaran jatuh, VIX cenderung meningkat dengan mendadak. Berikut adalah beberapa peristiwa penting di mana VIX mencapai bacaan luar dari kebiasaan:

  • (Krisis kewangan 2008): VIX mencapai rekod tertinggi – hampir 80 mata.
  • Mac 2020 (COVID-19): melonjak melebihi 60 mata sekali lagi apabila pasaran merundum ketika pandemik.
  • Mac 2024 (perang tarif): meningkat melebihi 40 ekoran pelaksanaan tarif global oleh pentadbiran AS, penangguhan tarif ini untuk 90 hari dan perang tarif dengan China.

Selain daripada VIX, terdapat alat lain yang boleh digunakan untuk memantau volatiliti.

Indikator

Penjelasan

VVIX Volatiliti VIX itu sendiri adalah sejenis ‘volatiliti ke atas volatiliti’. Ia berguna untuk menilai betapa tidak stabilnya pasaran jangkaan itu sendiri
MOVE Index Sama seperti VIX, tetapi untuk pasaran bon (perbendaharaan AS). Memantau volatiliti dalam hasil (yield).
CBOE SKEW Index Menjangkakan keberangkalian peristiwa ekstrem (black swans) berlaku di pasaran.
ATR (Average True Range) Petunjuk teknikal yang boleh digunakan untuk mana-mana instrumen, termasuk mata wang. Ia menunjukkan purata amplitud dalam turun naik harga.
Historical Volatility (HV) Volatiliti sejarah diukur berdasarkan harga masa lalu, berbeza dengan VIX yang menggunakan jangkaan masa depan sebagai asasnya.
Implied Volatility (IV) Volatiliti tersirat pada opsyen tertentu. Petunjuk ini sering digunakan untuk menganalisis saham individu atau opsyen mata wang.

Hubung Kait Antara VIX dengan Forex dan CFD

Walaupun VIX dikaitkan secara terus dengan Indeks S&P 500 AS, pengaruh petunjuk ini lebih meluas dan tidak hanya tertumpu pada satu pasaran sahaja. Ia memberi kesan besar terhadap strategi yang digunakan oleh pihak-pihak yang terlibat dalam pasaran Forex, serta perdagangan indeks CFD.

Dagangan CFD bagi indeks saham global tersedia di platform forex. VIX pula menjadi petunjuk yang sangat membantu dalam menilai kemungkinan volatiliti berlaku serta arah pergerakan harga instrumen dagangan tersebut.

Indeks CFD paling sensitif terhadap perubahan yang berlaku pada VIX:

  • US500 (Dagangan CFD di S&P 500) — hubungan langsung, kenaikan VIX memberi kesan kejatuhan mata indeks.
  • Volatiliti US100 (NASDAQ) lebih tinggi dan seringkali merasai impak lebih besar berbanding S&P 500.
  • US30 (Dow Jones) — juga menunjukkan hubungan sonsang dengan VIX.
  • DE40 (DAX) — lebih cenderung terkesan dengan tahap risiko global secara keseluruhan.
  • UK100 (FTSE) — volatiliti lebih rendah tetapi turut terkesan apabila bacaan VIX meningkat.
  • JP225 (Nikkei) — ketika VIX meningkat, ia lebih cenderung mengalami penurunan disebabkan nilai yen yang semakin mengukuh.

Apabila VIX meningkat mendadak, trader biasanya mengambil keuntungan dan keluar daripada pasaran saham dan juga indeks, yang akhirnya membawa kepada situasi pembetulan (correction) atau kejatuhan pada CFD untuk indeks.

Pasangan mata wang yang patut dipantau apabila VIX meningkat:

  • USD/JPY — biasanya menurun kerana Yen dianggap sebagai aset perlindungan atau safe-haven.
  • AUD/JPY, NZD/JPY, CAD/JPY — akan terkesan daripada tindakan pelabur yang beralih daripada mata wang berisiko.
  • EUR/USD — mungkin menunjukkan peningkatan volatiliti yang bergantung kepada jenis pergolakan pasaran.
  • USD/CHF — permintaan terhadap franc juga akan meningkat apabila pasaran mengalami volatiliti tinggi.

💡 Perhatikan hubungan antara VIX dan cross rates, terutamanya yang melibatkan JPY dan CHF

Bagaimana Cara Gunakan VIX dalam Strategi Dagangan

Menggunakan VIX dalam strategi dagangan boleh menjadi alat yang efektif untuk menilai risiko pasaran, mengenal pasti fasa pasaran, dan memilih taktik kemasukan/keluar dalam dagangan.

Antara beberapa pendekatan praktikal untuk menggunakan VIX dalam strategi dagangan adalah:

Prinsip Asas: VIX adalah pengukur kebimbangan.

  • VIX rendah = pasaran tenang, masa yang sesuai untuk strategi mengikut trend.
  • VIX tinggi = panik, volatiliti tinggi — strategi melawan trend atau defensif adalah lebih praktikal.

Contoh strategi dagangan menggunakan VIX

1. Penapis risiko untuk strategi lain
Gunakan VIX sebagai penapis (filter):

  • VIX < 20 – anda boleh membuka posisi jangka sederhana dan gunakan strategi trend dengan lebih agresif.
  • VIX 25-30 – isyarat untuk berhati-hati: kemungkinan berlaku penyimpangan yang kuat, terutamanya dalam indeks dan pasangan mata wang dengan JPY dan CHF.
  • VIX > 40 – jangan masuk dalam pasaran atau buat dagangan untuk jangka masa pendek dengan volume yang minimum.

2. Strategi bertentangan dengan paras ekstrem VIX
Apabila VIX mencapai paras ekstrem:

  • VIX > 40-45 — sering mencetuskan panik. Ramai trader mengambil poisisi beli (long) pada indeks dan posisi jual (short) untuk mata wang stabil dan kurang berisiko (defensif).
  • VIX <13-14 — pasaran dalam keadaan terlalu selesa atau optimis. Anda boleh bersiap sedia untuk situasi pembetulan dalam pasaran dan membuka posisi jual pada indeks atau posisi beli untuk aset yang defensif.

Pengesahan wajib dibuat melalui price action atau paras teknikal — VIX bukan isyarat untuk melakukan transaksi!

3. Masuk dagangan ketika VIX menurun selepas lonjakan harga berlaku
Selepas VIX meningkat dengan mendadak dan berubah arah sementara (pullback), anda boleh kenal pasti peluang untuk membuka posisi beli dalam indeks atau kembali ke pasangan mata wang berisiko (contohnya, AUD/JPY, NZD/JPY). Bacaan VIX biasanya akan turun lebih cepat berbanding masa diperlukan pasaran untuk menjadi stabil semula dan posisi dagangan boleh dibuka ketika fasa awal pembalikan (reversal).

4. Isyarat keluar dagangan
Jika anda mengambil posisi beli dalam pasaran saham atau mata wang berisiko dan VIX mula meningkat dengan mendadak — ini merupakan petanda untuk mengunci keuntungan atau melindung nilai (hedge). Gunakan VIX sebagai stop filter: jika ia melepasi tahap tertentu (contohnya, 25), hentikan strategi anda waktu atau ambil keuntungan.

Kombinasi dengan petunjuk lain

Indikator

Peranan

ATR / Volatility Bands Pengesahan untuk volatiliti sebenar pada instrumen
S&P 500 or other indices Perbandingan reaksi indeks terhadap volatiliti
MACD, RSI Membantu dalam mengenal pasti titik masuk untuk pembalikan (reversal) ketika bacaan VIX tinggi
Volume Pergerakan kuat pada bacaan VIX yang tinggi sering diikuti dengan volume dagangan meningkat

Contoh strategi mudah:

  1. Syarat masuk posisi beli untuk NASDAQ (US100):
  • VIX > 35 → kemudian menurun selama 3 hari berturut-turut.
  • Harga NASDAQ menunjukkan tanda-tanda mencapai paras terendah pada carta harian.
  • RSI melintasi zon terlebih jual (oversold) ke atas.
  1. Keluar:
  • VIX < 20
  • RSI > 70 atau mencapai paras rintangan

Kepentingan VIX

Indeks VIX merupakan pengukur penting untuk sentimen pasaran. Untuk trader, ia boleh berfungsi sebagai amaran terhadap ketidakstabilan yang bakal berlaku dan peluang untuk menjana keuntungan. Apabila VIX meningkat, trader disarankan untuk mengambil sikap berhati-hati terhadap mata wang yang memiliki pulangan tinggi (high-yielding) dan instrumen pekali beta (beta coeficient) yang tinggi. Sebaliknya, bacaan VIX menurun membuka peluang untuk kembali kepada strategi berisiko. Untuk penilaian risiko yang lebih mendalam, trader disarankan untuk menggunakan VIX bersama-sama dengan petunjuk teknikal dan makroeknomi lain.