Prospek perjanjian damai jangka panjang antara Rusia dan Ukraine, dengan jaminan daripada kuasa antarabangsa utama serta melibatkan penghapusan sekatan terhadap Rusia secara berperingkat, akan membawa perubahan besar dalam landskap geopolitik dan makroekonomi. Baru-baru ini, perbincangan mengenai kemungkinan perjanjian damai ini akan dimeterai semakin hangat diperkatakan. Jadi, mari kita lihat bagaimana ia boleh mempengaruhi aset-aset popular.
Reaksi Pasaran FX
Dolar AS (USD):
Disebalik ketegangan global yang meningkat, Dolar AS kekal menjadi sebagai aset perlindungan (safe-haven). Perjanjian damai yang meyakinkan boleh mengurangkan risiko geopolitik, sekali gus menurunkan permintaan terhadap dolar dan mengalihkan minat pelabur kepada mata wang yang menawarkan pulangan lebih tinggi serta sensitif terhadap risiko.
Ramalan:
- Indeks Dolar AS (DXY) dijangka susut sekitar 1.5–3% untuk jangka pendek.
- Pelabur semakin berminat dengan strategi carry trade, khususnya terhadap mata wang seperti GBP, AUD dan JPY.
Euro (EUR):
Euro dijangka meraih manfaat besar. Rantau Eropah telah menanggung impak ekonomi yang berpunca daripada peperangan, seperti gangguan sumber tenaga, tekanan inflasi dan gangguan perdagangan. Keamanan dan kelonggaran sekatan boleh menghidupkan semula output industri dan memulihkan kembali keyakinan pengguna.
Ramalan:
- EUR/USD berpotensi mencapai ke paras 1.14–1.15.
- Risiko kegawatan ekonomi dalam zon Eropah berkurangan, terutamanya di Jerman dan Itali.
Pasaran Ekuiti
Keamanan dan kestabilan harga tenaga berpotensi melonjakkan sentimen risiko dalam pasaran ekuiti Eropah. Sektor kitaran (cyclical) – khususnya automotif, industri kimia dan industri berat – dijangka mengalami pertumbuhan pesat.
Ramalan:
- DAX dan Euro Stoxx 50 mungkin melonjak sekitar 5–8% dalam beberapa minggu selepas perjanjian berjaya ditandatangani.
- Risiko ekuiti yang lebih rendah dan unjuran EPS yang lebih baik.
Ekuiti AS: S&P 500 (US500), Nasdaq (US100), Dow Jones (US30)
Pasaran AS dijangka terkesan dalam skala lebih sederhana, di mana pelabur mungkin beralih kepada aset Eropah dan pasaran yang sedang berkembag. Namun, risiko global yang semakin berkurangan boleh meningkatkan keyakinan pelabur, sekaligus memberi manfaat kepada pengeksport dari AS.
Emas (XAU/USD)
Faktor risiko geopolitik yang semakin reda membuatkan minat pelabur terhadap emas mungkin berkurangan. Pelabur mungkin mengalihkan modal modal mereka daripada logam berharga ke aset berisiko.
Ramalan:
- Harga emas mungkin jatuh sekitar 3–6% untuk jangka pendek.
- Paras sokongan teknikal utama: $3,200 dan $3,000 per auns.
Pasaran Minyak (Brent, WTI)
Reaksi pasaran minyak mungkin terbahagi kepada dua. Pelonggaran sekatan mungkin meningkatkan bekalan minyak dari Rusia sekaligus menurunkan harga minyak. Namun, sentimen global yang semakin positif dan sektor perdagangan yang kembali pulih mungkin meningkatkan permintaan.
Ramalan:
- Brent mungkin jatuh di bawah paras $60 ketika peringkat awal sebelum kembali stabil.
- Volatiliti mungkin akan meningkat memandangkan pasaran sedang menyesuaikan perubahan bekalan dan permintaan.
Tindak Balas Eropah dari Perspektif Politik dan Ekonomi
Ekonomi utama Eropah Barat – Jerman, Perancis dan Itali – menyambut baik perjanjian damai tersebut. Ia membolehkan negara-negara ini menyambung semula hubungan ekonomi dengan Ukraine dan Rusia. Namun, perpecahan politik dalam EU boleh merumitkan lagi usaha menarik balik sekatan. Negara-negara Eropah Tengah dan Timur mungkin kekal dengan pendekatan berhati-hati atau menolak normalisasi yang terlalu cepat dengan Rusia.
Ringkasan Kesan Terhadap Aset
Asset | Arah Pergerakan yang Dijangka | Penerangan |
USD (DXY) | ↓ Sedikit sehingga sederhana | Permintaan terhadap aset pelindung berkurangan |
EUR/USD | ↑ Kuat | Sektor perindustrian semakin pulih, pelabur optimis terhadap pendapatan semakin bertambah |
Indeks Eropah | ↑↑Kuat | Industrial rebound, earnings optimism |
Indeks AS | ↔/↑Meningkat secara sederhana | Peningkatan perdagangan global, peralihan kepada aset bernilai |
Emas | ↓ Sederhana | Risiko berkurang, peralihan kepada ekuiti |
Minyak | ↓ Kemudian ↔ | Bekalan lebih tinggi vs. permintaan bertambah |
Ekuiti Eropah Kembali Pulih
Perjanjian damai yang berkekalan boleh menjadi pemangkin utama bagi aset global yang sensitif terhadap risiko. Sementara itu, Euro dan mata wang pasaran sedang berkembang dijangka mengukuh, manakala dolar dan emas mungkin menghadapi tekanan. Ekuiti Eropah berpotensi memasuki fasa penilaian semula, sementara pasaran komoditi—terutamanya minyak—mungkin mengalami turun naik dalam jangka pendek. Namun, sama ada perjanjian damai tersebut akan dipersetujui kekal sebagai faktor kritikal. Reaksi pasaran akan bergantung pada kredibiliti perjanjian, tahap pelonggaran sekatan, serta tindak balas bersama daripada NATO, EU, dan ekonomi G7