Jika anda biasa dengan pasaran mata wang, anda pasti pernah dengar istilah “pasaran dalam mod risk-on” atau dalam bahasa kasualnya, “ramai yang risk-off hari ni.” Istilah ini kedengaran seperti perkataan berbentuk kod untuk profesional. Namun realitinya, logik istilah ini agak mudah: Ia tentang sentimen pelabur.

Risk-On: Sentimen Apabila Pasaran Sedia Ambil Risiko

Untuk strategi dagangan intraday dan scalping, ini bukanlah “alat yang wajib ada”, tetapi untuk keselesaan dan melindungi mata untuk jangka panjang, filter cahaya biru (sama ada sedia ada terbina atau pada cermin mata) adalah aspek tambahan yang sangat membantu, dengan kombinasi tema warna carta yang sesuai. Ini biasanya berlaku dalam mod risk-on, apabila pelabur mula mengalihkan pelaburan secara aktif ke aset berisiko tinggi yang menjanjikan pulangan lebih besar.

Apa maksudnya dari segi praktikal:

  • saham dan indeks saham sedang menaik;
  • minyak, kuprum dan komoditi lain menjadi lebih mahal;
  • “mata wang berisiko” (AUD, NZD, dan CAD) sedang mendominasi pasaran.

Nota:

AUD (Dolar Australia) — terikat dengan komoditi dan China;
NZD (Dolar New Zealand) — juga sensitif dengan dagangan global;
CAD (Dolar Kanada) — biasanya saling terkait dengan minyak.

Risk-Off: Apabila Pelabur beralih ke aset “Safe Haven”

Sekarang bayangkan situasi yang bertentangan: ekonomi global semakin perlahan, konflik geopolitik semakin memuncak, perang dagangan semakin hangat, dan bank pusat utama (Fed, ECB, BoE, BoJ) sedang mengubah polisi monetari masing-masing. Dalam tempoh ini, pelabur akan menutup posisi dagangan berisiko dan beralih ke instrumen yang mereka percaya dapat melindungi modal pelaburan mereka. Ini dipanggil mod risk-off.

Ke mana pergi modal pelaburan pada waktu ini?

  • Emas dan bon kerajaan AS (perbendaharaan) mula mendapat permintaan tinggi.
  • Di pasaran Forex, “mata wang safe haven” mula mengukuh (USD, CHF dan JPY).

Nota:

USD (Dolar AS) — mata wang simpanan global;
CHF (Franc Switzerland) — dianggap sebagai aset stabil di Eropah;
JPY (Yen Jepun) — secara tradisional dianggap “perlindungan” ketika pasaran tidak menentu.

Bagaimana Risk-On dan Risk-Off Kelihatan pada Carta?

Contoh:

Garis masa:

  • 26.03.2025. Trump mengumumkan tarif akan dikenakan, secara rasminya mencetuskan perang dagangan dalam penggal pertama sebagai presiden. Pelabur mula menjual pemilikan saham, sekaligus mendorong kepada kejatuhan indeks saham, termasuk Nasdaq 100 (US100) Technology Index. Ini menandakan bermulanya “risk-off”, di mana pelabur tidak mahu lagi mengambil risiko.
  • 02.04.2025. Trump mengumumkan kadar tarif dan tarikh penguatkuasaannya. Mod “Risk-off” semakin meningkat, dan pelabur serta hedge fund mula menjual secara besar-besaran untuk mengurangkan pendedahan kepada risiko.
  • 09.04.2025. Trump mengumumkan penangguhan tarif selama 90 hari. Pelabur dan hedge fund beralih kepada mod “risk-on” dan membeli saham yang telah jatuh harga, lalu mendorong kenaikan mendadak dalam indeks saham.

Ringkasan: Mod Risk-On/Risk-Off

Keadaan pasaran Apa yang berlaku Instrumen yang alami impak positif Instrumen yang terjejas
Risk-On (Sedia ambil risiko) Pelabur beralih ke ekuiti, komoditi dan aset yang memberi pulangan lebih tinggi AUD, NZD, CAD (mata wang komoditi),
EUR, GBP, indeks saham
USD, JPY, CHF
(mata wang safe haven)
Risk-Off (Elak risiko) Modal pelaburan beralih ke aset safe haven, permintaan terhadap bon dan emas meningkat USD, JPY, CHF (mata wang safe haven)
Emas, Perak
AUD, NZD, CAD
(mata wang yang sensitif terhadap risiko), EUR, GBP, indeks saham

Risk-on/risk-off sebenarnya mencerminkan sentimen pelabur secara keseluruhan. Untuk trader, ia bukan sekadar konsep teori, namun lebih kepada alat praktikal yang membantu trader menafsir pergerakan harga pasaran dan memahami mengapa sesuatu aset bergerak dengan cara tertentu pada waktu-waktu berbeza. Apa yang lebih penting lagi, ketika situasi beralih antara mod risk-on dan risk-off, analisis teknikal tradisional biasanya kurang berkesan. Dengan hanya fokus pada pattern pada carta serta tidak mengambil kira faktor makroekonomi serta geopolitik yang lebih besar, peluang untuk kekal untung secara konsisten dalam pasaran sememangnya lebih tipis.