Dalam dunia dagangan, keupayaan untuk mengenal pasti apa yang sering orang lain terlepas pandang adalah begitu penting. Salah satu alat analisis yang lebih mendalam ialah SMT Divergence, iaitu Smart Money Technique Divergence. Ia merupakan teknik praktikal yang digunakan secara aktif oleh trader institusi dan pengikut konsep Smart Money. Mari kita fahami lebih mendalam apa itu SMT Divergence dan bagaimana ia berbeza daripada divergence klasik, serta cara mengenal pasti isyarat ini pada carta.
Apa itu SMT Divergence
ini adalah berasaskan idea bahawa smart money tidak meninggalkan petunjuk/jejak secara terang-terangan, sebaliknya namun pergerakannya boleh dikira dengan menganalisis pergerakan harga aset yang saling berkait. Secara mudahnya, jika satu instrumen mencatatkan paras maksimum/minimum baharu manakala instrumen lain yang berkait tidak, ini menandakan ada sesuatu yang tidak selari sedang berlaku dan besar kemungkinan reversal (pembalikan) atau correction (pembetulan) akan berlaku.
Contoh 1:
Katakan kita mempunyai dua indeks: DAQ (US100) dan S&P 500 (US500). Kedua-dua instrumen ini saling berkait dan tergolong dalam kelas aset yang sama. Pergerakan kedua-dua aset ini bergerak ke arah yang lebih kurang sama. Namun, pada satu ketika, NASDAQ merekodkan paras tinggi semasa baharu, tetapi S&P 500 tidak. Inilah yang dipanggil SMT Divergence: petunjuk bahawa “ada sesuatu yang tidak kena” dalam pasaran, dan kemungkinan besar reversal akan berlaku.

Contoh 2: SMT Divergence pada EUR/USD dan GBP/USD

Mengapa Teknik Ini Berkesan
“Smart Money” tidak sentiasa menujukkan langkah sebenarnya dengan jelas. Ada ketikanya, pelabur institusi ini “menggerakkan” satu instrumen dan dalam masa yang sama tidak menyentuh instrumen yang satu lagi. Situasi ini mengelirukan kebanyakan pelabur. Sebagai contoh, jika pergerakan harga NASDAQ telah mengaktifkan stop-loss di bahagian atas, tetapi S&P 500 tidak menunjukkan pergerakan yang sama, ini menandakan pembeli sedang terperangkap dan kemungkinan besar reversal dalam arah ke bawah akan berlaku.
Apakah perbezaan antara SMT divergence dan divergence pada indikator klasik?
Berikut adalah perbezaan utama antara keduanya:
SMT divergence | Divergence pada indikator |
Membandingkan dua aset | Membandingkan harga dan indikator (RSI, MACD, dsb.) |
Tidak menggunakan indikator | Menggunakan indikator teknikal |
Memberi isyarat potensi manipulasi dan pergerakan “smart money” | Didorong oleh pemulihan dalam industri atau sentimen positif terhadap prestasi keuntungan. |
Seringkali lebih tepat | Berpotensi memberi isyarat palsu |
Apakah Alat yang Patut Digunakan untuk SMT Divergence?
Cara terbaik untuk membandingkan pasaran yang saling berkait ialah dengan memerhati pergerakan pasaran yang bergerak seiring (sync) kerana kedua-duanya dipengaruhi oleh sumber aktivit pelaburan yang sama.
Indeks:
- S&P 500 (US500) dan NASDAQ (US100)
- Dow Jones (US30) dan NASDAQ (US100)
Mata wang:
- EUR/USD dan GBP/USD
- EUR/JPY dan USD/JPY
Bon:
- US 10-Year (ZN) dan US 30-Year (ZB)
Emas dan Perak:
- XAU/USD dan XAG/USD.
Pilih pasangan yang mempunyai korelasi (hubung kait) tinggi, dan SMT Divergence akan menjadi lebih ketara.
Bagaimana Cara Kenal Pasti SMT Divergence?
- Buka carta untuk dua aset yang saling berkaitan (cth.
- Bandingkan paras tertinggi atau terendah dalam tempoh yang sama.
Kenal pasti:
- Apabila satu instrumen mencatatkan paras tertinggi baharu, tetapi satu lagi tidak atau jika satu instrumen mencatatkan paras rendah baharu, tetapi instrumen satu lagi tidak.
- Inilah yang berpotensi menjadi SMT Divergence — kemungkinan isyarat reversal atau correction berlaku.
- Sahkan isyarat tersebut dengan volume, likuiditi dan pergerakan harga (price action).
Apakah Rangka Masa yang Saya Pertimbangkan untuk SMT Divergence
Rangka masa yang anda patut pilih bergantung kepada stail dagangan anda. Secara umumnya, SMT Divergence ideal untuk strategi intraday yang melibatkan ketepatan tingi dan juga dagangan jangka pendek. Berikut adalah rangka masa yang sesuai berdasarkan jenis trader:
Intraday (dagangan intraday)
- Rangka masa: M5, M15, M30
- Rasional: Dalam rangka masa ini, SMT Divergence biasanya akan muncul sebelum sesi dagangan bermula (terutamanya sebelum sesi Amerika). Dari segi likuiditi pasaran, kawasan ini merupakan titik masuk yang sesuai sebelum pergerakan pantas bermula sejurus apabila pasaran dibuka.
Strategi Swing
- Rangka masa: H1, H4, D1
- Rasional: Dalam rangka masa ini, SMT divergence boleh menjadi petunjuk kepada penghujung fasa pengumpulan atau pengagihan, serta kemunculan titik masuk dagangan untuk jangka masa sederhana. Ia sangat berkesan apabila digunakan di zon likuiditi utama.
- Contoh: false breakout berlaku pada EUR/USD setiap hari, tetapi GBP/USD tidak. Ini adalah isyarat bahawa pasaran berkemungkinan besar akan mengalami reversal.
Scalping
- Rangka masa: M1, M5
- Penting: Hanya jika terdapat struktur pasaran yang jelas. Sebagai contoh, semasa pembukaan sesi London atau New York dibuka. Isyarat mungkin tidak konsisten atau tidak jelas, jadi pengesahan berdasarkan konteks pasaran sangat membantu.
Tip untuk rangka masa:
- Jangan sesekali cuba mengenal pasti SMT Divergence di kawasan pasaran yang “kosong”. Ia sepatutnya dilihat sebagai sebahagian daripada konteks pasaran yang lebih luas: berhampiran likuiditi, di paras ekstrem utama (tertinggi/terendah harian, mingguan) atau selepas false breakouts/false breakdowns.
- Pendekatan terbaik adalah menggunakan pelbagai rangka. Sebagai contoh, H1 digunakan untuk konteks sementara M13-M5 digunakan untuk menentukan titik masuk.
- Lebih tinggi rangka masa, semakin kukuh isyarat yang terbentuk, namun peluang untuk masuk pasaran menjadi semakin terhad
Amaran!
SMT Divergence bukanlah formula agung dalam dagangan.
- pengalaman dalam analisis carta visual;
- memahami pasaran dengan mendalam; dan
- pengesahan daripada alat Smart Money yang lain: likuiditi, ketidakseimbangan, blok order, dsb.
Kepentingan SMT-Divergence
SMT Divergence merupakan alat berkeupayaan tinggi dalam “senjata” dagangan bagi mereka yang berpandukan logik Smart Money. Tidak seperti isyarat daripada indikator, ia membolehkan anda mengenal pasti perbezaan lebih mendalam dalam struktur pasaran. Jika anda mahir dalam mengenal pasti pattern ini, ia boleh menjadi kelebihan kompetitif untuk anda.