Pembelajaran

Apr 27

9 Bacaan min

Mengapa strategi yang menguntungkan sekalipun boleh menghampakan anda

Mari kita mulakan dengan satu soalan. Strateginya:

  • Win rate: 55%

  • Nisbah risiko-ganjaran: 1:1

  • Risiko setiap trade: 10% daripada deposit

Nilai yang dijangkakan adalah positif. Strategi ini memang menguntungkan. Kebanyakan trader begitu yakin menggunakannya. Apakah kebarangkalian, dengan menggunakan strategi ini, anda akan hilang separuh daripada deposit anda? Jawapan: lebih daripada 97%.

Kali ini anda akan mendalami tentang isu ‘ruin’ atau kehancuran – kiraan matematik yang tidak dipedulikan oleh hampir semua orang. Namun, ia menerangkan mengapa kebanyakan trader rugi walaupun menggunakan sistem yang sememangnya efektif.

“Ruin” atau musnah tidak semestinya bermaksud semua baki hangus

Pertama sekali, perkara paling penting: dalam trading ,”ruin” tidak semestinya bermaksud akaun menjadi kosong. Ia bermaksud sesuatu yang berbeza untuk orang lain. Bagi trader tertentu, rugi 40% akan menyebabkan agak mustahil dari segi psikologi untuk meneruskan trade seperti sebelum ini. Bagi trader lain pula, margin call daripada broker adalah hukuman yang terlalu berat. Untuk pengurus dana, drawdown yang menyebabkan pelanggan mengeluarkan duit mereka dari dana. Dan bagi mereka yang baru bermula, rugi dalam jumlah yang mereka tidak mampu tanggung lagi.

Had yang anda mampu tanggung sebenarnya tidak penting. Apa yang penting adalah: bilangan trade dan saiz posisi yang tidak tepat yang mencukupi, apa-apa strategi akan mencapai had tersebut dengan kebarangkalian hampir 100%. Ini bukan sikap pesimis – hanya matematik.

Jadual penting dalam trading

Kebanyakan trader hanya fokus pada kebolehuntungan. Tetapi, hanya sebilangan kecil sahaja yang memikirkan asimetri dalam kerugian dan memulihkan keadaan. Dan inilah yang menjadi asas dalam matematik ini.

Kerugian

Jumlah untuk pulihkan keadaan

10%

11%

25%

33%

50%

100%

75%

300%

90%

900%

Kerugian berturut-turut bukan nasib malang – ia normal sebenarnya

Berikut apa yang ramai trader tidak faham tentang strategi mereka. Dengan win rate sebanyak 55%, yang sebenarnya agak bagus, anda perlu ingat, lima kerugian berturut-turut akan berlaku sekali setiap 45 trade. Ini bukan musibah dan bukan juga petanda sistem tidak lagi berfungsi. Ia merupakan satu statistik yang normal, yang anda perlu tempuhinya. Rentetan lapan kerugian secara berturut-turut akan berlaku hampir sekali bagi setiap 300 trade. Ia sangat jarang, tetapi akan berlaku. Dan pada waktu itu, jika anda merisikokan 10% daripada deposit anda dalam setiap trade, lapan kerugian berturut-turut hanya membuatkan baki awal akaun anda tinggal 43% sahaja (bukan 80%). Kerugian 57% – strategi yang menguntungkan, dalam senario statistik yang normal.

Pengiraan ini berdasarkan prinsip faedah kompaun, tetapi secara terbalik, iaitu kompaun negatif. Apabila anda mengalami kerugian, setiap kerugian yang seterusnya dikira bukan daripada amaun awal, tetapi daripada apa yang tinggal dalam baki akaun anda. Mari kita lihat kiraan matematik dalam proses ini. Jika risiko bagi setiap trade anda ialah 10%, jadi bagi setiap kerugian, modal anda akan digandakan dengan 0.9 (cth. 90% daripada baki yang tinggal).

Pengiraan langkah demi langkah
Formula untuk menentukan baki akaun selepas beberapa siri kerugian adalah seperti berikut:

di mana:

Sn – amaun akhirt;
S0 – deposit awal (andaikan 1$ atau 100%);
r – risiko setiap trade (0.1);
n – bilangan kerugian berturut-turut (8).

Dengan menggantikan nilai tersebut, hasilnya adalah kira-kira 43.05%.

Mengapa ia boleh berlaku? Ramai orang tersilap menganggap bahawa lapan kerugian sebanyak 10% setiap satu bersamaan dengan jumlah kerugian 80% (10 × 8). Namun, jumlah itu hanya betul jika anda sentiasa merisikokan peratusan tetap deposit awal anda. Namun, dalam trading, risiko biasanya bersifat dinamik. Selepas kerugian pertama, baki akaun anda berkurangan, dan 10% daripada baki baharu itu menjadi jumlah yang lebih kecil. Inilah sebab mengapa anda tidak hilang semuanya sekali gus, tetapi baki anda “melebur” dengan cepat. Perangkap paling nyata di sini bukan berapa banyak yang anda tinggal, tetapi berapa banyak yang anda perlu peroleh selepas itu. Untuk mengembalikan semula akaun anda daripada 43% kepada 100% yang asal, anda perlu membuat keuntungan lebih daripada 132%. Dari segi psikologi dan matematiknya, nilai itu jauh lebih sukar berbanding hanya membiarkan rentetan kerugian itu berterusan.

Isunya bukan berpunca daripada strategi. Masalahnya ialah saiz posisi tidak cukup besar untuk menampung rentetan kerugian yang biasa berlaku.

Tiga cara ‘ruin’ boleh berlaku pada anda

Semua cara ini biasa berlaku. Anda mungkin sudah biasa melihat salah satu daripadanya.

1. “Saya ada strategi yang menguntungkan.“

Trader menggunakan sistem dengan win rate 60%. Semuanya berjalan lancar dalam masa enam bulan. Kemudian pasaran berubah – trend yang kukuh mula muncul, tetapi sistem anda sudah terbiasa dengan pasaran mendatar, atau sebaliknya. Selepas itu, dua belas kerugian berlaku secara berturut-turut. Dengan risiko 5% bagi setiap trade, keadaan ini menyebabkan deposit susut sebanyak 46%. Keyakinan trader mula goyah lalu trader mula meninggalkan sistem itu.

Di mana silapnya? Trader tersebut tidak pernah mengira berapa banyak kerugian berturut-turut yang mampu ditanggung oleh strateginya, atau apa yang akan berlaku kepada baki akaun dalam keadaan itu. Trader tersebut tahu kadar kejayaannya, tetapi dia tidak memahami risiko kerugian menyeluruh.

2. “Saya perlu menaikkan pelaburan untuk menebus kerugian.”

Selepas mengalami kerugian berturut-turut, trader menaikkan risiko daripada 2% kepada 5% untuk menebus semula kerugian dengan lebih cepat. Logiknya memang mudah difahami, tetapi dari segi matematik, ia berbahaya: apabila strategi sedang berada dalam rentetan kerugian, kebarangkalian untuk ia terus rugi adalah paling tinggi pada waktu itu. Tindakan menaikkan risiko pada ketika ini bukan langkah untuk ‘comeback’; ia hanya mempercepatkan akaun anda menjadi hancur. Terdapat istilah untuk pendekatan sebegini: cara pemikiran Martingale. Pendekatan inilah yang telah memusnahkan lebih banyak akaun trading berbanding mana-mana strategi yang lemah.

3. “Ini hampir pasti trade yang menguntungkan.”

Trader melihat satu setup yang jelas dan kelihatan sempurna. Dia merisikokan 20% daripada deposit, berbanding jumlah biasa 2%. Trade itu berakhir dengan keuntungan. Kemudian satu lagi setup yang sama juga berhasil. Cuma, kali ketiga pula tidak berjaya. Satu kerugian 20% daripada deposit memerlukan keuntungan 25% hanya untuk ‘break even’ atau pulang modal. Dua kerugian seperti itu berturut-turut pula bersamaan dengan penyusutan 36%.

Satu penyimpangan sahaja daripada keadaan biasa sudah cukup untuk memusnahkan hasil kerja teliti berbulan-bulan. Sebenarnya, dalam trading, tiada istilah “sure trade” – hanya mengawal kebarangkalian.

Kelly Criterion

Pada tahun 1956, ahli matematik John Kelly telah menghasilkan satu formula untuk menentukan saiz posisi yang optimum. Formula ini menjawab satu persoalan: berdasarkan kelebihan yang dimiliki sesuatu strategi, berapa peratus modal yang patut dirisikokan supaya pertumbuhan dapat dimaksimumkan secepat mungkin tanpa menyebabkan akaun hangus?

Formula tersebut adalah seperti berikut:

K = W − (1 − W) / R

Jika W ialah kadar kejayaan atau win rate, manakala R pula ialah nisbah purata keuntungan terhadap purata kerugian.

Mari kita lihat contoh spesifik: win rate 55%, dengan nisbah untung kepada rugi sebanyak 1.5 kepada 1.

K = 0.55 − (0.45 / 1.5) = 0.55 − 0.30 = 0.25

Formula Kelly menyatakan: 25% daripada modal perlu dirisikokan bagi setiap trade. Dari segi matematik, ini dianggap optimum untuk pertumbuhan, tetapi dari sudut psikologi ia agak sukar ditanggung dan secara praktikalnya, ia berbahaya kerana volatiliti akaun anda akan menjadi sangat besar.

Apa yang trader profesional akan lakukan? Mereka menggunakan suku atau separuh daripada angka dalam formula Kelly tersebut. Dalam contoh di atas, ini bermakna 6% hingga 12% bagi setiap trade. Pertumbuhan lebih perlahan, namun secara matematik, situasi “ruin” mustahil akan berlaku.

Penting: Formula Kelly hanya boleh digunakan jika angka yang digunakan adalah tepat. Jika kadar dagangan berjaya dikira berdasarkan 20 trade, ia tidak tepat. Statistik hanya mula memberi gambaran yang berguna selepas sekurang-kurangnya 100-200 trade.

Terdapat satu kaedah yang digunakan oleh pengurus dana profesional, tetapi jarang digunakan oleh trader runcit. Ia dikenali sebagai simulasi Monte Carlo.

Ideanya cukup mudah. Gunakan statistik anda (win rate, purata untung, purata rugi) dan lakukan 1,000 urutan rawak untuk trade tersebut. Beribu kemungkinan senario dapat dicipta dengan menggunakan parameter yang sama.

Hasilnya: anda tidak melihat nilai purata, tetapi julat hasil sebenar. Termasuk 5% senario terbaik dan 5% senario terburuk.

Apabila trader melihat bahawa dengan strategi “biasa” mereka, akaun tersebut boleh menyusut sebanyak 65% dalam 5% daripada simulasi, cara dia melihat saiz posisi akan berubah dengan ketara. Risiko tidak lagi kelihatan samar, tetapi menjadi sesuatu yang nyata dan boleh diukur.

Anda tidak memerlukan perisian yang rumit untuk membuat simulasi ini. Excel dengan fungsi RAND(), Python asas atau kalkulator dalam talian — itu sahaja yang anda perlukan.

Dua keputusan yang perlu dibuat sebelum trade pertama anda

1) Peratusan tetap, bukan amaun tetap.

Jika anda sentiasa merisikokan jumlah dolar yang sama, secara matematik, anda berdagang dengan cara yang salah. Apabila nilai akaun anda bertambah, jumlah tetap itu menjadi peratusan lebih kecil daripada modal anda – anda sebenarnya mengambil risiko terlalu rendah. Sebaliknya, apabila nilai akaun berkurangan, jumlah yang sama menjadi peratus yang lebih besar – anda mengambil risiko berlebihan, betul-betul waktu ia paling berbahaya.

Peratusan tetap dapat menyelesaikan masalah ini secara automatik. Saiz posisi berkurang apabila rugi dan bertambah apabila untung. Prinsip ini tidak hanya betul dari sudut matematik – secara psikologinya, ia lebih mudah kerana ketika melalui tempoh yang sukar, jumlah kerugian sebenar dalam dolar menjadi lebih kecil.

2) Tentukan paras stop-loss anda sekarang.

Dua nombor yang anda perlu tuliskan sebelum mula berdagang:

  • Pada tahap drawdown bagaimana anda akan berhenti seketika dan semak sistem anda? Sebagai contoh, – 20%.

  • Pada tahap drawdown yang bagaimana anda akan menghentikan trade sepenuhnya? Sebagai contoh, –40%.

Ini bukan sikap pesimis atau kelemahan. Ini satu-satunya cara untuk membuat keputusan secara rasional, kerana apabila drawdown sebenar berlaku, anda akan membuat keputusan di bawah pengaruh panik, ketakutan dan keinginan untuk menebus semula kerugian. Dan keputusan itu biasanya keputusan yang buruk. Trader yang tidak menetapkan had awal biasanya hanya membuat keputusan untuk berhenti pada waktu yang paling tidak sesuai, iaitu ketika hampir segalanya telah hilang.

Jika anda sudah mengalami kerugian besar

Perkara ini begitu penting kerana ramai orang pernah melaluinya. Kerugian bukan setakat rugi dari segi kewangan. Ia menjadi satu pengajaran. Ia memberitahu anda bahawa salah satu daripada tiga andaian berikut adalah salah:

Pertama, strategi yang anda gunakan berkesan. Kedua, saiz posisi itu sesuai. Ketiga, terdapat data yang mencukupi untuk membuat keputusan berdasarkannya. Dalam kebanyakan kes, masalah berlaku pada andaian kedua atau ketiga. Strategi yang digunakan mungkin berkesan – ia gagal kerana saiz posisi terlalu besar atau saiz sampel yang tidak mencukupi. Sebelum menganggap sesuatu sistem itu tidak berkesan, tanyakan diri anda dengan jujur: Adakah anda berdagang mengikut kiraan matematik yang betul? Jika tidak, anda sendiri tidak tahu jika sistem itu sebenarnya boleh digunakan.

Kesimpulan

Strategi yang menguntungkan merupakan syarat wajib untuk berjaya dalam trading. Namun itu sahaja tidak mencukupi.

Elemen matematik untuk bertahan dalam trading sebenarnya lebih mudah daripada yang disangka: rentetan kerugian memang tidak dapat dielakkan, kerugian jauh lebih sukar untuk dipulihkan, dan saiz posisi bukan penentu berapa banyak keuntungan anda, tetapi sama ada anda mampu bertahan dalam tempoh yang cukup lama untuk strategi tersebut membuahkan hasil.

Kebanyakan trader membelanjakan sehingga 90% daripada masa mereka mencari titik entri dan 10A% lgi menguruskan saiz posisi. Dari segi matematik, nisbah ini perlu diterbalikkan. Gunakan Kelly Criterion. Tetapkan had stop-loss. Ia memang lebih membosankan daripada mencari setup yang sempurna. Namun, perkara itulah yang jauh lebih penting.