Pada minggu lalu, Bank Pusat Switzerland (SNB) sekali lagi menurunkan kadar faedah utamanya, kini pada paras 0%. Apa implikasinya?

Bertentangan dengan tanggapan popular, kadar faedah sifar bukan bermaksud pinjaman percuma atau pihak bank pusat bermurah hati. Ia sebenarnya satu petunjuk, iaitu isyarat bahawa ekonomi sedang perlahan, inflasi semakin lemah dan pengguna semakin berhati-hati dalam perbelanjaan.
Bagi Switzerland, sebuah negara yang memiliki ekonomi yang stabil tetapi bergantung kepada eksport dan aliran modal, keputusan ini bukan dibuat secara mengejut. Ia adalah langkah strategik yang bertujuan untuk merangsang permintaan, mengelakkan mata wang franc daripada mengukuh dan mengurangkan risiko berlakunya deflasi.
Apa itu Kadar Faedah Sifar, dan Mengapa Ia Perlu?
Kadar faedah utama (key interest rate) merujuk kepada kadar pinjaman yang ditetapkan oleh bank pusat Ia menjadi penanda aras bagi kaedah faedah yang dikenakan ke atas pinjaman dan deposit antara bank komersial dan bank pusat. Pinjaman perumahan, pinjaman peribadi, pulangan bon dan kadar faedah mata wang negara semuanya bergantung kepada kadar faedah utama ini.
Apabila kadar faedah dipotong menjadi 0%, ia bermaksud:
-
Kos pinjaman menjadi lebih murah kepada peminjam (pinjaman perumahan, pinjaman lain)
-
Kadar deposit menghampiri sifar (malah ada kalanya menjadi negatif);
-
Strategi menyimpan wang kurang menguntungkan pelabur — pelabur perlu melabur dalam ekonomi sebenar untuk mendapatkan pulangan.
-
Mata wang negara akan melemah, sekaligus menjadikan sektor eksport semakin kompetitif;
-
Namun, ia juga mencerminkan ekonomi semakin lemah; SNB menurunkan kadar faedah kerana inflasi masih lemah dan permintaan domestik tidak menunjukkan pertumbuhan.
Apa yang Akan Berlaku Jika Kadar Faedah Menjadi Negatif?
Switzerland merupakan antara segelintir negara yang pernah mengalami kadar faedah negatif sejak 2015. Ketika itu, SNB mengekalkan kadar faedah pada paras -0.75%. Apa yang berlaku selepas itu?
-
Keuntungan bank terjejas: margin deposit semakin kecil, memaksa pihak bank mengenakan caj kepada pelanggan.
-
Mata wang franc kekal kukuh walaupun kadar faedah negatif, kerana ia dianggap aset “safe haven” bagi pelabur.
-
Sektor hartanah dan saham melonjak: kos pinjaman murah (cheap money) mendorong pelaburan ke dalam aset, seterusnya menyebabkan kenaikan harga;
-
Inflasi kekal terkawal: walaupun dasar rangsangan diperkenalkan, Switzerland kekal berada dalam zon “inflasi rendah”.
Apa yang menjadi paradoks ialah kadar faedah negatif tidak semestinya mendorong kepada inflasi. Jika pengguna dan syarikat bersikap pesimis, kedua-dua pihak tidak akan meningkatkan perbelanjaan dan pelaburan; sebaliknya; mereka lebih cenderung menyimpan, walaupun kadar pulangannya sifar atau negatif.
Jadi, Apakah Kadar Faedah yang Optimum?
Tiada jawapan yang bersifat universal untuk soalan ini. Namun, terdapat satu konsep yang dikenali sebagai “kadar neutral” — iaitu paras kadar faedah di mana ekonomi berkembang dengan stabil dan kadar inflasi menghampiri paras sasaran (di Switzerland, 2%). Dalam keadaan normal:
-
Kadar neutral di negara maju adalah sekitar 1.0–2.5%;
-
Jika inflasi jatuh, kadar faedah perlu diturunkan;
-
Jika kadar inflasi meningkat, kadar faedah perlu dinaikkan.
Dalam kes Switzerland, di mana negara ini sedang mengalami risiko deflasi (pertumbuhan harga yang perlahan), kadar faedah sifar merupakan satu percubaan untuk merangsang ekonomi. Namun, sekiranya kadar faedah sifar dikekalkan untuk satu tempoh yang berpanjangan, ia merupakan langkah berisiko — berpotensi mencetuskan gelembung pasaran aset dan menganggu kestabilan sistem kewangan.
Adakah Kadar Faedah Negatif Boleh Berlaku Sekali Lagi?
Jika inflasi terus menurun dalam beberapa bulan akan datang dan ekonomi global semakin melemah, SNB mungkin akan kembali menurunkan kadar faedah ke paras negatif. Langkah ini dilihat sebagai satu pendekatan yang sangat berhati-hati tetapi tidak mustahil berlaku, terutamanya jika mata wang franc kembali mengukuh.
Secara idealnya, bank pusat Switzerland berhasrat kadar faedah kembali ke paras positif iaitu sekurang-kurangnya 0.5–1.0%. Situasi ini hanya akan berlaku sekiranya inflasi dalam keadaan stabil dan pertumbuhan ekonomi berada pada tahap sederhana.
Mengapa Credit Suisse Boleh Tersungkur? Adakah Kerana Kadar Faedah atau Faktor Lain?
Secara rasminya, Credit Suisse tidak digulungkan seperti bank-bank lain (seperti Lehman Brothers pada 2008). Namun, bank tersebut berada di ambang keruntuhan pada Mei 2023 dan diambil alih (dibeli) oleh UBS pada Jun 2023 dengan sokongan pihak berkuasa Switzerland. Punca di sebalik tindakan ini jauh lebih mendalam dan kompleks daripada impak kadar faedah semata-mata.
1. Punca utama — kegagalan sistemik pengurusan dan strategi
-
Transaksi berisiko. Bank tersebut beberapa kali mengalami kerugian berbilion dolar dalam projek berprofil tinggi:
-
Penglibatan dalam keruntuhan dana lindung nilai Archegos Capital (2021): kerugian lebih $5.5 billion
-
Penglibatan dalam pembiayaan dana syarikat bermasalah iaitu Greensill Capital yang akhirnya digulung (2021)
-
-
Amalan pengurusan risiko yang lemah. Credit Suisse gagal mengenal pasti dan mengawal risiko dalam masa yang tepat walaupun terdapat tanda-tanda amaran dan skandal sebelum ini.
-
Skandal dan hilang kepercayaan. Bank ini mendapat perhatian berikutan dakwaan terlibat dalam pengubahan wang haram, menyokong rejim yang dikenakan sekatan dan kebocoran data (cth. SwissLeaks). Semua isu ini telah menghakis kepercayaan pelabur dan pelanggan.
2. Kehilangan pelanggan dan krisis kepercayaan
Selepas beberapa siri skandal:
-
Pelanggan utama mula mengeluarkan deposit dan aset mereka.
-
Sekitar penghujung 2022 dan awal 2023, bank ini kehilangan berbilion franc di bawah pihak pengurusan hanya dalam masa beberapa minggu.
-
Situasi ini mencetuskan kesan berantai: pengeluaran dana secara besar-besaran, meningkatkan lagi panik dalam kalangan pelanggan dan pasaran.
3. Peranan kadar faedah
Kadar faedah memainkan peranan secara tidak langsung:
-
Pada 2022-2023, kitaran kenaikan kadar faedah yang ketara mula berlaku di seluruh dunia (termasuk Switzerland), dan ia mendorong kejatuhan harga bon dan pelbagai masalah lain bagi bank yang mempunyai portfolio sekuriti berskala besar.
-
Namun, tidak seperti Silicon Valley Bank di AS, Credit Suisse tidak terjejas secara langsung akibat kenaikan kadar faedah tersebut.
-
Isu utama Credit Suisse bukan kadar faedah tetapi hilang kepercayaan dan kegagalan pihak pengurusan.
-
Kadar faedah mungkin merumitkan lagi sistem perbankan yang sesemangnya sedang tertekan, namun ia bukanlah punca utama.
4. Peranan kadar faedah
Mengapa UBS dan pihak berkuasa masuk campur?
-
Secara sistemik, Credit Suisse merupakan institusi perbankan yang sangat penting (terlalu besar untuk dibiarkan runtuh).
-
Keruntuhan bank ini boleh mengakibatkan kesan berantai dalam pasaran kewangan.
-
Kerajaan Switzerland mengatur langkah penyelamatan dengan menjual Credit Suisse kepada UBS bagi menstabilkan sistem dan mengelakkan kekacauan pada pasaran.
Apa Maksud Kadar Faedah Sifar?
Kadar faedah sifar bukanlah satu “hadiah” tetapi lebih menjurus kepada langkah terdesak. Ia direka untuk merangsang permintaan, meredakan tekanan pada mata wang dan mengelakkan situasi daripada berlarutan. Namun ia juga satu petanda yang menerbitkan kebimbangan: ekonomi memerlukan rangsangan, dan dasar monetari konvensional semakin hilang keberkesanannya.
Kejatuhan Credit Suisse bukan disebabkan oleh kadar faedah, tetapi akibat kesilapan berpanjangan dalam pengurusan risiko, skandal, pelaburan yang gagal serta hilang kepercayaan pelanggan dan pasaran.